HALAMAN SANTAI

Rabu, 19 Ogos 2009

Nazri Aziz kata Nik Aziz ulama palsu

KLPOS.COM


KUALA LUMPUR: Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Nazri Aziz, menyifatkan kenyataan Mursyidul Am Parti Islam SeMalaysia (PAS), Datuk Nik Aziz Nik Mat, bahawa anggota Umno tidak akan masuk syurga, sebagai bertujuan menakutkan pengundi.

Ini, katanya, kerana Datuk Nik Aziz tidak mahu melihat prestasi buruk PAS semasa pilihan raya kecil di Manek Urai berulang lagi pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir, demikian lapor laman berita mStar Online semalam.

Menurut Datuk Seri Nazri, pemimpin PAS itu kerap mengeluarkan kenyataan yang bercelaru sejak kebelakangan ini.

Kali ini beliau terpaksa menggunakan strategi menakutkan pengundi supaya pengundi di Permatang Pasir mengundi calon parti PAS, kata beliau dalam laporan itu.

'Akhir-akhir ini kenyataan dia (Nik Aziz) selalu bercelaru dan tidak betul, dia buat kenyataan itu kerana bimbang Barisan Nasional (BN) hampir-hampir menang dalam pilihanraya kecil lepas di Manek Urai.

'Dia terpaksa gunakan agama untuk menakutkan pengundi supaya mereka menyokong PAS,' jelas Datuk Seri Nazri.

'Sama ada kita (Umno) betul atau tidak dia tiada hak untuk menentukan,' tambah beliau, yang juga Ahli Parlimen (AP) Padang Rengas.

Datuk Seri Nazri juga kecewa dengan sikap Mursyidul Am PAS itu yang dilihat tidak mencerminkan sikap sebenar seorang pemimpin dan ulama.

'Bagi saya Nik Aziz seorang ulama yang palsu... dia sudah berumur tapi perangainya masih kebudak-budakan. Ini tahun 2009 tapi dia masih mengunakan cara kempen seperti tahun '60-an. Kalau dia dah tak betul jangan ajak orang lain ikut sekali,' kata Datuk Seri Nazri.

Beliau selanjutnya menggesa para pengundi memilih wakil rakyat dengan bijak dan tidak terpedaya dengan kenyataan yang disifatkan beliau sebagai 'ulama palsu'.

'Pilihlah siapa yang pengundi fikir boleh membantu mereka, jangan pilih wakil berdasarkan penipuan yang dibuat oleh 'ulama palsu' seperti Nik Aziz,' ujar Datuk Seri Nazri lagi.

Kelmarin, Datuk Nik Aziz dilaporkan sebagai berkata bahawa anggota Umno tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu, sambil menekankan perbezaan antara dakwah Islam PAS dan Islam yang diamalkan Umno.

Tiada ulasan: