HALAMAN SANTAI

Rabu, 19 Ogos 2009

Pengundi Hantu : Khairy digesa lapor SPR

oleh Te@M I.T


PERMATANG PASIR - Tidak semena-mena, soal pengundi hantu pula dibangkitkan Pergerakan Pemuda Umno pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir ini. Malah ianya didakwa pada hari sebelum penamaan calon lagi oleh Ketuanya, Khairy Jamaluddin.

Justeru itu, Angkatan Muda KeADILan (AMK) menggesa beliau memfailkan aduan tersebut kepada Suruhanjaya Pilihan Raya berhubung perkara tersebut.

"Jika sudah ada bukti secukupnya, kemukakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil bagi menangani isu itu," ujar Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin

Menurut Shamsul, beliau beranggapan bahawa Khairy bankrap idea politik sehingga terpaksa menggunakan isu yang biasanya di bangkitkan Pakatan Rakyat pada siri-siri pilihanraya sebelum ini.

"Pada saya Khairy Jamaluddin ini adalah seorang yang bankrap idea politik dan dia cuba mengalihkan perhatian seolah-olah Pakatan Rakyat yang mempunyai pengundi hantu tetapi secara buktinya kita telah tunjuk kepada SPR terdahulu bahawa bagaimana data-data yang kita hadapi menunjukkan terdapat banyak kekeliruan dan keraguan dan terdorong di mana kita katakan sebagai pengundi hantu. Dan ini tidak pernah diambil tindakan serius oleh SPR,” katanya.

Beliau yang juga seorang peguam menegaskan bahawa AMK dan jentera Pemuda Pakatan Rakyat akan turut memfailkan laporan mendesak supaya SPR bertindak keatas pengundi hantu yang telah dikesan.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat telah memfailkn pelbagai aduan kepada SPR berhubung gejala ini namun tidak diambil serius oleh pihak suruhanjaya.

"Saya alu-alukan kalau Khairy nak failkan kes di SPR sebab kita pun akan failkan kes yang sama malah kita akan failkan kes yang lama supaya suruhanjaya pilihan raya ini membersihkan daftar pemilih. Kerana kita yakin yang sebenarnya daftar pemilih yang dikatakan hantu ini telah lama ditunjukkan oleh Keadilan dan Pakatan Rakyat dalam pilihan-pilihan raya yang lalu tetapi tidak ada tindakan daripada SPR," tambahnya.

Tiada ulasan: