SINAR HARIAN ONLINE
SUNGAI BESAR - Kebimbangan ibu bapa terhadap keaktifan anak-anak menghabiskan masa di pusat siber menunjukkan tidak ada keperluan pihak berkuasa tempatan (PBT) menambah premis atau melewatkan had waktu operasi premis itu.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi berkata, pihaknya menerima aduan daripada ibu bapa yang resah dengan situasi remaja lebih gemar bermain di pusat siber.
Menurutnya, daripada pemer hatian ahli pemuda di kawasan Sungai Besar, terdapat hampir 15 pusat siber yang kebanyakannya menyediakan permainan video secara ‘online’.
“Kumpulan remaja dari kala ngan pelajar sekolah ini menjadi pengunjung utama pusat siber hanya untuk mendapatkan perkhidmatan permainan, walaupun ada sebahagiannya datang mendapatkan maklumat dari Internet, jumlahnya adalah kecil.
“Malah, situasi membenarkan murid dan pelajar masuk dengan pakaian sekolah juga tidak sepatutnya berlaku,” katanya kepada Sinar Harian di sini.
Beliau turut menggesa Kerajaan Negeri menyiasat berkaitan risalah yang tersebar di Internet berhubung arahan penangguhan tindakan ke atas pusat siber dan kafe siber berlesen yang beroperasi melebihi had waktu perniagaan.
Risalah yang ditandatangani, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, Ronnie Liu itu antara lain menyatakan Kerajaan Negeri sedang mengkaji melanjutkan masa perniagaan sehingga 3 pagi untuk memberi peluang kepada pelancong dan peniaga luar negara mendapatkan perkhidmatan Internet.
Budiman berkata, alasan itu tidak praktikal dilaksanakan secara menyeluruh di semua peringkat PBT, apatah lagi kawasan luar bandar seperti daerah Sabak Bernam.
“Selain meningkatkan kekerapan pantauan oleh PBT di semua pusat siber dan hiburan, ibu bapa juga kita sarankan ketatkan perhatian kepada anak-anak,” katanya yang mengharapkan tidak ada lagi sebarang penamba han pusat siber mahupun pusat urut di kawasan daerah Sabak Bernam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan