BERNAMA
Seramai 63 warga Malaysia dan 13 Indonesia yang bekerja secara haram sebagai pemetik buah dihantar pulang ke negara masing-masing selepas operasi mengesan secara besar-besaran oleh pihak imigresen Australia.
Kumpulan 76 pekerja tanpa izin itu diterbangkan pulang malam semalam. Menurut kenyataan kerajaan, jumlah penghantaran pulang itu adalah yang terbesar dari Australia dalam dekad ini.
Mereka ditangkap dalam serbuan di sebuah kawasan letak karavan minggu lalu di Mooroopna, ke barat Shepparton, di mana mereka bekerja secara haram memetik tomato dan buah pear. Kumpulan itu adalah antara 85 orang yang ditahan.
Persiapan sedang dibuat bagi menghantar pulang sembilan orang selebihnya, lima lagi rakyat Malaysia, tiga Korea Selatan dan seorang Nepal.
Menteri Imigresen Senator Chris Evans berkata 85 orang itu memasuki Australia dengan visa yang sah sebelum bekerja secara haram.
Sambil memuji kecekapan dan kepantasan jabatan imigresen bertindak, Senator Evans berkata, majikan menghadapi denda hingga A$13,200 dan penjara dua tahun kerana mengambil orang bekerja tanpa permit kerja, dan syarikat terlibat boleh dipotong pendapatan mereka sebanyak A$66,000 bagi setiap pekerja haram.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan