HALAMAN SANTAI

Rabu, 24 Februari 2010

Halimah Jongang tiada niat menghina: Eddie

SINAR HARIAN ONLINE


SHAH ALAM - Komposer terkenal, Eddie Hamid berkata, beliau tidak pernah berniat menghina atau mengejek golongan bergigi jongang kerana lagu yang dicipta dan dinyanyikannya itu hanyalah hiburan semata-mata.

“Ia juga hanya kebetulan sahaja. Bukannya nak menghina orang. Saya buat lagu ini pun atas permintaan penerbit, A Aida yang mahu lagu tema untuk dramanya Halimah Jongang,” katanya, semalam.

Bagaimanapun, Eddie tidak menafikan ada segelintir pihak, terutamanya yang bergigi jongang yang tidak puas hati dengan lagu dendangannya itu.

Namun, katanya, sebagai orang lama dalam industri seni, dia sedia memohon maaf kepada sesiapa saja yang tersinggung.

“Lagu ini sebenarnya dibuat khas untuk Halimah Jongang dalam drama itu saja dan tak ada kena-mengena de:ngan orang lain. :Kalau ikutkan banyak lagi cerita-cerita lain yang menghina kelemahan orang, misalnya kisah orang cacat, gagap dan sebagainya. :Tapi, kenapa pula hanya Halimah Jongang yang jadi isu?” katanya.

Menurutnya, lagu tersebut sememangnya memberikan kesan terhadap dirinya, kerana ke mana-mana sahaja dia pergi pasti ada yang menegurnya.

Malah, ada yang menyanyikan lagu tersebut de -ngan trademarknya sekali.

“Selepas ini saya akan muncul dengan beberapa lagu baru seumpama Halimah Jongang iaitu Fatimah Juling dan Dollah Hapak,” katanya.

Tiada ulasan: