HALAMAN SANTAI

Khamis, 25 Februari 2010

Wang ihsan harus diberi kepada Kerajaan Negeri


SINAR HARIAN ONLINE


SHAH ALAM - Peruntukan RM20 juta yang disediakan Kerajaan Pusat sebagai wang ihsan bagi menggantikan royalti minyak untuk Kelantan seharusnya diagihkan terus kepada Kerajaan Negeri dahulu sebelum menggunakan duit tersebut untuk tujuan tertentu.

Ahli Parlimen Tumpat dari Pas, Datuk Kamarudin Jaffar berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Nik Sapeia Nik Yusuf yang mencadangkan wang itu digunakan untuk mewujudkan akademik profesional dan pusat bimbingan pra profesional bagi melahirkan anak Kelantan yang mahir dalam pelbagai bidang ketika di peringkat awal dan matang usia.

“Walau apa pun alasan dan cadangan duit itu digunakan, titik utama ialah duit tersebut harus diberikan kepada Kerajaan Negeri Kelantan terlebih dahulu.

“Sesiapa sahaja boleh beri pandangan dan saya berterima kasih kepada Nik Sapeia yang mencadangkan bagaimana duit tersebut patut digunakan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Kamarudin yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat turut menjelaskan duit tersebut adalah hak Kelantan dan terpulang kepada Kerajaan Negeri untuk menggunakannya.

“Selepas kerajaan negeri mendapat peruntukan tersebut barulah pandangan pelbagai pihak diambil kira,” katanya.

Tiada ulasan: