HALAMAN SANTAI

Jumaat, 26 Februari 2010

Isu Royalti Dari Kacamata Penggemar Teh Tarik

Oleh Ahmad Zawawi

Isu Royalty minyak yang masih hangat diperdebat sememangnya satu Isu besar. Sehinggakan bagi menangkis gesaan GEGAR ( Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat) pihak Kerajaan Pusat terpaksa memberi penjelasan melalui Iklan diAkhbar. Tidak dapat dinafikan Kerajaan Negeri Kelantan dibawah pimpinan Parti PAS berhak memperjuangkan sesuatu yang due bagi rakyatnya.

Perkara ini besar kemungkinan akan berlarutan hingga kepertimbangan Mahkamah. Dalam apa keadaanpun Tengku Razaleigh telah melunaskan tanggungjawab beliau dengan begitu berkesan sekali. Sebagai mantan Pengerusi PETRONAS beliau telah huraikan segala kebenarannya dan dilihat akan terus mempertahankannya

Setakat ini tidak ada sebarang petunjuk yang Isu ini akan dapat diselesaikan. Apa yang membingungkan rakyat biasa seperti penggemar Teh Tarik mengapa apabila terkena kepada Negeri yang diperintah selain dari BN perkara sebegini terjadi. Lihat saja apa yang berlaku diTrengganu sebelum ini. Royalti Minyak yang popular itu telah diberhentikan kerana rakyat menolak BN pada PRU ke 10. Apabila BN kembali berkuasa diTrengganu Royaltipun muncul semula. Inilah topic yang sering dibincang dikedai-kedai kopi.

Kita kerap mendengar pemimpin-pemimpin Pusat berkata yang Negeri Kelantan adalah yang termundur dari segi pendapatan per kapita rakyatnya, terkebelakang dari aspek pembangunan sehinggakan ramai yang terpaksa tinggalkan Kelantan supaya tenaga yang kuat yang dimiliki tidak membazir begitu saja. Saya menumpang bangga sikap yang positif yang ditunjukkan.

Sekurang-kurangnya mereka tidak terikat lagi dengan Perumpamaan Walaupun hanya Hujan Batu Di Negeri Sendiri - Baiklah di Negeri sendiri. Kenyataan yang terbaharu pula Negeri Kelantan dikenalpasti sebagai Negeri yang paling kotor. Jika wang royalty (Anggarannya RM200 Juta setahun) tersebut berjaya diperolehi maka secara praktikalnya segala masaalah yang ditonjolkan itu tidak mungkin ujud. Secara lojiknya juga wang sebanyak itu pasti dapat membahagiakan setiap orang.

Ternyata sukar bagi Wang Ehsan mengambil alih tanggungjawab Wang Royalty. Fungsinya tidak sama manakala perlaksanaannya pula ketara berbeza. Bagi pengunjung-pengunjung Warong dan Kedai Kopi hidangan Teh Tarik yang sedap lagi menepati citarasa, itu merupakan satu Ehsan.

http://ahmadzawawi.wordpress.com/

Tiada ulasan: