HALAMAN SANTAI

Khamis, 25 Februari 2010

Pengerusi YBK didakwa ada kepentingan

BERITA HARIAN ONLINE


SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, mendedahkan Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Datuk Zainal Abidin Sakom, adalah pemilik saham terbanyak dalam satu daripada syarikat pemaju yang dilantik Permodalan Yayasan Basmi Kemiskinan Sdn Bhd (PYBK) untuk memajukan tanah seluas 866 hektar (2,165 ekar) yang diberikan kerajaan Selangor pada 8 Mac 1995.

Abdul Khalid berkata, mesyuarat Exco semalam meluluskan supaya kerajaan Selangor menggunakan kuasa Menteri Besar mengikut Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk mengkelaskan semula maklumat mengenai YBK kepada umum.

Beliau berkata, PYBK melantik dua pemaju iaitu Shah Alam Properties Berhad dan Syarikat Tenaga Ehsan untuk memajukan tanah yang diperoleh daripada kerajaan Selangor.

Sementara itu, ketika dihubungi semalam, Zainal Abidin menafikan sama sekali dakwaan Abdul Khalid bahawa beliau adalah pemilik saham terbesar dalam mana-mana syarikat yang ada kaitan dengan PYBK atau YBK.

"Memang saya ada memegang saham nominee bernilai RM1 bersama ahli lembaga pengarah lain dalam syarikat yang mewakili YBK atau PYBK bagi menjaga kepentingan yayasan ini," katanya.

Tiada ulasan: