HALAMAN SANTAI

Khamis, 25 Februari 2010

Ops Sikap: Sikap Siapa, RM48,042 600 Bukankah Banyak.

Oleh laniisma


Jadi sikap PDRM juga yang harus diperbetulkan kerana peningkatan saman begitu ketara. Ops Sikap ke-17, 124,581 saman dikeluarkan, Ops Sikap ke-19, 142,362 saman,Ops Sikap ke-20, 152,745 saman, Ops Sikap ke-21 yang berakhir 2 hari lepas 160,142 saman dikeluarkan. Begitulah banyaknya saman, begitulah juga ramai pemandu yang melanggar undang-undang. Itu yang disaman, yang belum kena mungkin ratus ribu lagi.

"Kadar kemalangan Ops Sikap ke-21 mengalami sedikit penurunan dari Ops Sikap ke-19, begitu juga kadar kematian sebanyak 201 orang berbanding 212 orang pada tahun lepas. Sedikit sahaja dan terima kasih ajalah PDRM, tahniah belum. Kebanyakkan yang kita lihat dalam jadual, boleh kita katakan begitu-begitu juga, kematian berlegar diangka 200. Jadi timbul persoalan kenapa kemalangan dan kematian hampir tidak berkurang, sedangkan Ops Sikap dilakukan setiap perayaan. Sikap siapa yang ingin diperbetulkan kerana natijah tetap sama.

Sekiranya setiap pemandu dikenakan RM100, jumlah Ops Sikap 21, menjadi RM16,014 200. Jadikan ia lebih sedap dengan didarab RM300(

kebiasaannya), maka RM48,042 600 bakal diperolehi. Ini nampaknya yang dikejar dan cawangan mana di’ranking’ pertama. Itu belum lagi dikira yang berlegar di bawah meja. Masalah juga tak akan selesai.

Kita boleh mempertikaikan cara didikan saman oleh PDRM, adakah betul-betul berkesan atau sekadar saman! saman! saman!. Umum mengetahui, lagi popular “Sekiranya ada polis, bersalah!, sekiranya tiada, tiada masalah”. Ini pegangan, iktikad pemandu-pemandu kita. Ini tidak menjadikan pemandu lebih berhemah tetapi tetap mengajar pemandu menipu diri sendiri sepanjang masa. Berkesankan didikan s

aman PDRM? Sambil membayar sambil menyeranah. Bidang-bidang lain pun sama juga. Membalun dan mempulun tak apa, asalkan tiada pihak berkuasa.

Apa yang kita cari, pemandu-pemandu memasuki kereta dan memulakan perjalanan, telah menjadikan dirinya berhemah awal-awal lagi. Tidak risau sama ada PDRM ada atau tidak, yang penting berhemah. Kita inginkan sedemikian, bagaimana caranya, anda tolonglah fikirkan caranya, PDRM sudah tak larat lagi.

Sesekali fikir, selepas ini, cuba PDRM hentikan Ops Sikap untuk satu waktu. Cuma dapatkan data jumlah kemalangan dan kematian, bandingkan. Saman-saman pun berhentilah sementara. Biar pemandu-pemandu tentukan sendiri. Sekiranya kemalangan dan kematian semakin bertambah sahlah pemandu Malaysia ‘bengong’. Ini tak termasuk yang berhemah tetapi berlaku juga.

Taubat! Taubatlah! Sama ada pemandu dan juga PDRM. Berkat yang dicari, tetapi belum ketemui.

http://www.ek-ele.co.cc/

Tiada ulasan: