HALAMAN SANTAI

Sabtu, 23 Oktober 2010

Dagangan rokok haram meningkat 40%

FREE MALAYSIA TODAY

images KUALA LUMPUR: Perdagangan rokok haram di Malaysia meningkat kepada 39.7% dalam tempuh Mac hingga Mei tahun ini, dari 37.1% pada Oktober hingga Disember 2009.

Statistik terbaru bermakna empat dari setiap 10 kotak rokok yang dihisap di negara ini adalah diseludup secara haram ke negara ini, demikian menurut kajian di seluruh negara yang dikendalikan oleh Persekutuan Pengeluar-Pengeluar Tembakau Malaysia (CMTM).

Dalam satu kenyataan semalam, CMTM berkata, kajian itu mengesahkan Laporan Tembakau Global baru-baru ini bahawa Malaysia merekodkan perdagangan rokok haram yang paling tinggi di dunia pada 2009.

Ketua Eksekutif CMTM Shaik Abbas Ibrahim berkata, pada 2007 dan 2008, kerajaan mengenakan cukai eksais tiga sen setiap batang rokok, hingga mencetuskan peningkatan jumlah perdagangan rokok haram secara mendadak dari purata tahunan 25.7% (2008) kepada 37.5%.

Ini bermakna peningkatan sebanyak 46% dalam dagangan rokok haram akibat dari peningkatan cukai eksais tiga sen setiap batang rokok untuk dua tahun berturut-turut.

Shaik Abbas berkata, sementara kenaikan eksais satu sen setiap batang rokok pada 2009 adalah dialu-alukan, tetapi ia tidak bertahan lama kerana peningkatan tiga sen yang diumumkan kerajaan pada 1 Oktober lalu sudah pasti akan meningkatkan jumlah dagangan haram secara mendadak pada 2011, kecuali kerajaan mengambil langkah-langkah perlu untuk menghalangnya.

Beliau berkata, tindakan segera yang boleh diambil ialah dengan melabur semula dana yang dikutip dari eksais dengan menambah bilangan pegawai penguatkuasa dan guna tenaga, untuk menyekat penawaran dan permintaan kepada rokok haram.

Shaik Abbas mengalu-alukan pengumuman baru-baru ini oleh Menteri Kesihatan dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dalam usaha mereka untuk memerangi perdagangan rokok haram.

- theedgefinancialdaily

Tiada ulasan: