HALAMAN SANTAI

Sabtu, 23 Oktober 2010

Bangunan pencakar langit perlu pacu ekonomi


awanga dek Perhimpunan Agung Umno Ke 61

Oleh Fazy Sahir

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata penyediaan infrastruktur seperti pembinaan bangunan pencakar langit cukup penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kewangan II menyifatkan dakwaan pembangkang sebagai ‘cuba menghasut’ rakyat daripada melihat negara terus maju ke hadapan.

Menurut Awang Adek, di negara-negara maju rakyatnya tidak mempersoalkan tentang projek-projek besar seperti pembinaan pencakar langit, tetapi ia hanya kedengaran di Malaysia.

"Kita jangan tertipu dengan pembangkang kerana mereka memang tidak mahu melihat kadar pertumbuhan ekonomi kita tinggi, supaya mereka boleh menghasut rakyat untuk benci kepada kerajaan.

"Perlunya infrastruktur bagi memacu sektor perkhidmatan termasuklah pengangkutan, kewangan, perniagaan borong. Sebab itulah kita perlu ada projek MRT, KLIA2, Pusat Kewangan Baru, Pembangunan Sungai Buloh dan Menara Warisan Merdeka PNB.

Semua bangunan tinggi di negara maju

"Perlu diingatkan, di negara-negara maju, tidak ada pun orang yang mempersoalkan projek-projek besar. Bangunan pencakar langit bukan satu atau dua bahkan hampir semuanya adalah bangunan-bangunan tinggi.

"Tak ada masalah pun……cuma di Malaysia saja kita dengar cerita-cerita ini," katanya dalam ucapan pembentangan usul ekonomi di Persidangan Agung Umno hari ini.

Perdana Menteri ketika membentangkan Bajet 2010 pada 15 Oktober lalu mengumumkan pembinaan projek bangunan 100 tingkat yang bakal menjadi bangunan tertinggi di Malaysia.

Namun projek tersebut mendapat tentangan hebat daripada pelbagai pihak termasuklah Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) dan pihak pembangkang.

"Dulu tidak setuju dengan jambatan Pulau Pinang, Bangunan Berkembar Petronas dan Putrajaya. Sekarang bukan sahaja rakyat perlu kepada jambatan kedua Pulau Pinang, tetapi pembangkang pula tidak sabar-sabar nak masuk Putrajaya.

"Inilah hipokritnya sikap pembangkang. Cakap tak serupa bikin. Kita tidak boleh……dia tak apa," katanya dalam nada sinis.

Tiada ulasan: