SHAH ALAM — Ketua Penerangan Umno Selangor Abdul Shukor Idrus hari ini menafikan dakwaan kerajaan PKR-DAP-PAS negeri Selangor bahawa Umno negeri itu menerbitkan akhbar “Selangor Terkini”.
Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuang itu bagaimanapun berkata beliau ada mengedar akhbar itu di salah satu program anjurannya setelah menemui akhbar itu di hadapan pejabatnya di Kuang, dan mendapati ia senada dengan perjuangan Umno.
“Jadi, apa salahnya kalau saya edarkan pada program anjuran saya daripada melihat ia terbuang begitu saja?,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini.
Abdul Shukor mengulas dakwaan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Faekah Husin bahawa pemimpin Umno terlibat dalam penerbitan dan pengedaran akhbar “Selangor Terkini”.
“Selangor Terkini” dilihat sebagai saingan kepada “SelangorKini” terbitan kerajaan negeri.
Faekah pada persidangan media di sini hari ini berkata kerajaan negeri telah pun membuat laporan polis di ibu pejabat Polis Daerah Shah Alam pada 17 Januari lepas terhadap “Selangor Terkini” kerana menggunakan logo rasmi kerajaan Selangor tanpa kebenaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan