NGO yang berpangkalan di Switzerland – Tabung Bruno Manser (BMF) hari ini mengeluarkan senarai 49 firma di empat benua di seluruh dunia yang didakwanya berkaitan dengan ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya.
Sebelum ini juga, ada cakap-cakap mengenai kegiatan Ketua Menteri Sawarak ini dalam meraut kekayaan untuk diri dan keluarganya.Namun akhirnya BMF mengeluarkan senarai 49 firma di mana ada kaitan langsung dengan Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya.
Senarai itu termasuk 13 syarikat di Malaysia, 10 di Australia, sembilan di Kanada, tujuh di Hong Kong, empat di Amerika Syarikat, tiga di British Virgin Islands, satu di pulau Jersey dan dua lagi di United Kingdom. Berikut di bawah adalah dokumen yang disiarkan oleh laman Sarawak Report:
BMF juga melancarkan petisyen di lamanwebnya mendesak pihak berkuasa di negara-negara berkenaan bagi menyiasat kedudukan kewangan Taib dan keluarganya serta membekukan aset mereka.
Petisyen itu juga akan dihantar ke pihak berkuasa di Australia, the British Virgin Islands, Kanada, Hong Kong, Jersey, Malaysia, United Kingdom dan Amerika Syarikat serta Kumpulan Pengubahan Wang Haram Asia Pasifik yang mempunyai keahlian 139 negara.
Antara syarikat Malaysia yang disenaraikan itu termasuk Borsarmulu Resort Sdn Bhd, Cahya Mata Sarawak Sdn Bhd, K&N Kenanga, Kumpulan Parabena Sdn Bhd, Mesti Bersatu Sdn Bhd, Sarawak Energy Bhd, Naim Holdings dan Kumpulan Ta Ann.Sesetengah syarikat berkenaan dimiliki sebahagiannya oleh kerajaan negeri dan terbabit dengan projek yang disokong oleh kerajaan negeri seperti Royal Mulu Resort dan empangan Murum.
Sebahagian besar firma yang disenaraikan itu membabitkan syarikat yang terbabit dalam hartanah, termasuk Sakti International Corporation Incorporated, yang berpangkalan di Amerika Syarikat.Juga disenaraikan adalah kumpulan syarikat-syarikat di Kanada, Sakto yang didakwa Sarawak Report mempunyai hartanah bernilai lebih RM300 juta.
Gesaan yang sama dibuat oleh BMF ke pelbagai pertubuhan di Kesatuan Eropah untuk membekukan aset milik bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak yang telah melarikan diri ke luar negara.Semua negara, termasuk Malaysia – di mana syarikat-syarikat yang disenaraikan oleh BMF itu terletak telah menandatangani dan mengesahkan perjanjian Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai pencegahan rasuah (UNCAC).
Adakah kerajaan sekarang berani untuk membongkar penyelewengan yang dilakukan Ketua Menteri Sarawak ini? Atau mereka hanya memandang sepi? Bagi kami, adalah lebih baik kerajaan lebih bersikap integriti dan menjalankan tanggungjawab bagi menjelaskan perkara ini.
Dikhabarkan juga Ketua Menteri Sarawak ini ingin bertanding buat sepenggal sahaja lagi dalam pilihanraya akan datang.Ayat yang sama di ulang-ulang setiap kali pilihanraya.Adakah rakyat Sarawak masih lagi ingin menerima beliau? Berdasarkan kemenangan majoriti lebih 5,000 undi semasa bertanding menentang calon PKR pilihanraya lalu, nampaknya seakan sukar untuk menggugat kerusi milik Tan Sri Taib Mahmud ini.
Tapi itu cerita lama.Mungkin tahun ini ada angin baru buat rakyat sarawak? Apa pandangan anda mengenai isu ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan