Regina LeeSeorang ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) telah mempersoalkan 'tuduhan ringan' yang dikenakan kepada bekas menteri pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy berhubung kaitannya dengan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
"Saya ingin tahu mengapa sedemikian. Perkara yang sama berlaku dengan (bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd) Khir Toyo dan bekas setiauasha politik (bekas menteri kewangan) Nor Mohamed Yakcop," kata Kamaruddin ketika dihubungi.
"Hal ini seakan telah menjadi pola sekarang apabila membabitkan kes-kes berprofail tinggi. Ahli politik BN yang didakwa - jika mereka didakwa - akan dikenakan hukuman yang paling ringan.”
Sebelum ini, PAC selepas inkuirinya pernah mencadangkan Chan disiasat untuk tuduhan pecah amanah(CBT), yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, sebatan rotan dan denda bagi pegawai kerajaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan