HALAMAN SANTAI

Rabu, 2 Mac 2011

Anwar Dedah Syarikat Kroni Bolot RM23 Bilion Wang Petronas

TVS NEWS



MERLIMAU 2 MAC : Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan wang Petronas RM 23 bilion dibolot baru-baru ini oleh syarikat kroni, contoh terbaru yang menandakan amalan rasuah dan penyelewengan kuasa terus berlaku di bawah kerajaan pimpinan Najib Razak.

Justeru tidaklah menghairankan antara individu terkaya di Malaysia adalah adik Najib, Nazim Razak dan anak Tun Mahathir Mohamad, Mokhzani yang menerima habuan daripada Petronas, kata Ketua Pembangkang itu .

Anwar berkata Petronas baru-baru ini mengambil keputusan mengalihkan pelaburan RM23 bilion ringgit yang sepatutnya digunakan untuk mencari gali minyak di luar negara kepada tiga syarikat tempatan.

"Petronas ada kontrak RM23 Bilion, yang selalu dibelanja untuk mencari gali minyak di Sudan, Iran, Afrika, Iraq, dan lain-lain. Sejak Tan Sri Hasan Merican, diberhentikan, dan diganti dengan orang yang dipilih oleh Najib, dia bawa balik RM 23 bilion ini, " kata Anwar

"Ia tidak dilabur diluar negara tetapi di dalam. Di luar, kalau kita ada syarikat cari gali, Shell atau BP, . dia dapat minyak, kita kongsi. Tetapi RM 23 bilion yang baru diputuskan di dibawah Datuk Seri Najib adalah untuk ... 3 syarikat utama,' tambah Anwar. "

Anwar berkata antara syarikat yang menerima habuan itu adalah KENCANA, milik Datuk Mokhzani Tun Mahathir.

Anwar berkata demikian pada ceramah di Padang Serai Merlimau sempena pilihanraya kecil dewan undangan negeri pada hujung minggu ini.

Beliau yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat melahirkan rasa kesal kerana syarikat kroni pemimpin Umno dahulu dan sekarang terus diberikan kontrak berjuta-juta ringgit manakala rakyat dihimpit dengan kos sara diri yang semakin meningkat.

"Ramai tak ada kerja, anak muda gaji RM1,000 saja sebulan. Fikirlah anak-anak ini, nak makan juga, nak hantar anak sekolah, dan ada barang nak beli. Tetapi kamu nak fikir anak kamu (Mahathir) saja sebab apa? Saya marah sebab ini. (Jadi) saya akan lawan tetap lawan," katanya.

Anwar memberitahu ratusan orang yang hadir bahawa kredibiliti Umno semakin merudum kerana kewibawaan pemimpin-pemimpin yang diamanahkan mengurus wang rakyat.

"Saya Menteri Kewangan 8 tahun, kalau saya nak punggah kekayaan, berbilion boleh dapat. Tengok menteri sebelum saya, Tun Daim (Zainuddin) berapa banyak kekayaan dia. Tengok menteri-menteri sekarang... rumah, KL, London, Florida," kata Anwar disambut tepukan dan sorakan hadirin.

Pada majlis ini Anwar meminta pengundi supaya tidak termakan dengah tohmanah pemimpin Umno BN dan media seperti Utusan Malaysia.

Sebaliknya mereka harus menilai rekod pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan sebagai perbandingan dengan apa yang dilakukan oleh BN.

"Banding Melaka dengan Selangor. DiSelangor 50 tahun bawah Umno, banding apa yang diperolehi orang Melayu, Cina, India di Selangor sekarang. Tak ada bandingan. Kerajaan sekarang beri RM500 sebagai wang khairat, anak masuk universiti dapat RM1,000, lahir saja RM100 diberi," tambah beliau.

Tiada ulasan: