Mereka ini orang Melayu, pemimpin Melayu tetapi pergi ke luar negara untuk memburuk-burukkan negara sendiri.
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Pelancongan kesal tindakan pemimpin pembangkang yang memburuk- burukkan imej Malaysia ketika berada di luar negara.
“Mereka ini orang Melayu, pemimpin Melayu tetapi pergi ke luar negara untuk memburuk-burukkan negara sendiri. Mereka mendedahkan pelbagai perkara termasuk yang membabitkan soal keselamatan,” katanya ketika ditemui di Parlimen hari ini.
Azalina yang juga bekas Ketua Puteri Umno berkata, “seharusnya perkara sebegini penting (soal keselamatan) tidak didedahkan kepada pihak luar kerana ini membabitkan keselamatan negara. Kita bimbang pihak ketiga ambil kesempatan.”
Bagaimanapun, beliau tidak menamakan pemimpin pembangkang berkenaan.
Beliau mengulas perkara ini kerana mendakwa ada pemimpin pembangkang mendedahkan isu pembelian kapal selam Scorpene ketika berada di Jakarta, Indonesia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan