HALAMAN SANTAI

Khamis, 3 Mac 2011

JPJ selesaikan 52,919 saman tertunggak hingga 28 Jan lalu

BERNAMA

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berjaya menyelesaikan sebanyak 52,919 kes saman tertunggak sehingga 28 Januari lalu, kata Ketua Pengarahnya Datuk Solah Mat Hassan.

Kerajaan telah memberi tawaran diskaun bayaran saman mulai 1 Disember lalu hingga semalam.

“Bagaimanapun, rekod senarai hitam akan diaktifkan mulai hari ini selepas tempoh kelonggaran membayar saman telah tamat,” katanya dalam kenyataan di sini.

Selain itu, katanya, mata demerit di bawah sistem mata merit keselamatan jalan raya (KEJARA) dikenakan kepada pesalah trafik yang membuat bayaran mulai hari ini,” katanya.

Solah berkata masalah kesesakan orang ramai di kaunter untuk membayar saman termasuk saman tertunggak adalah berpunca daripada sikap rakyat Malaysia yang gemar melakukan urusan pembayaran pada saat-saat akhir.


Tiada ulasan: