KUCHING — Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mengkaji semula kursus tawarannya yang kurang mendapat permintaan di pasaran kerja semasa, kata ahli majlis Mara, Norol Azali Sulaiman di sini.
Beliau berkata untuk memastikan pelajar tajaan Mara berpeluang mendapat pekerjaan selepas menamatkan pengajian, beberapa penyesuaian semula akan dibuat dalam kursus yang ditawarkan agar relevan dengan kehendak industri semasa.
“Selain itu, kita turut menerapkan kemahiran keusahawanan dan kemahiran asas kepada pelajar tajaan agar mereka dapat bekerja sendiri,” katanya kepada pemberita pada karnival pendidikan Mara 2011 peringkat negeri Sarawak di sini hari ini.
Beliau berkata sebagai contoh, kemajuan dalam beberapa bidang industri, misalnya perubatan, turut mendorong beberapa perubahan dalam kursus yang perlu ditawarkan kepada pelajar tajaan Mara.
Ketika ini, katanya, Institusi Pendidikan Mara (Ipma) termasuk bidang kemahiran kini telah mencapai 305 buah iaitu 95,911 pelajar pendidikan tinggi, pelajar menengah (111,516) dan pendidikan latihan dan kemahiran (116,780).
Norol Azali berkata seramai 312,434 pelajar tajaan Mara telahpun menamatkan pengajian sama ada di dalam mahupun luar negara manakala untuk pengambilan Julai tahun ini, Mara menawarkan sebanyak 27,347 tempat bagi pelajar melanjutkan pengajian di peringkat sijil, diploma, ijazah pertama dan sarjana.
Mengenai kegagalan pelajar tajaan Mara untuk membayar balik pinjaman, beliau berkata pihak pengurusan Mara akan meningkatkan lagi usaha dengan kerjasama beberapa agensi untuk memastikan mereka yang berkenaan membayar hutang yang masih tertunggak.
Katanya setakat ini masih ada kira-kira RM500 juta hutang tertunggak membabitkan pinjaman pendidikan dan perniagaan.
“Mara ada mengambil beberapa langkah untuk memastikan peminjam ini membayar balik hutang seperti sekatan perjalanan ke luar negara, namun ia bukanlah mandatori,” katanya.
11 ulasan:
Tindakan yang baik daripada MARA. Tawarkan lebih banyak kursus yang releven dengan permintaan pasaran kerja supaya tidak menghasilkan graduan yang tidak mempunyai pekerjaan kelak.
Selain daripada kursus keusahawan, saya rasa negara kita perlu mengallakan lebih banyak rakyat memasuki bidang pendidikan, perubatan dan pertanian kerana kekurangan usaha terlatih untuk mengisi kekosongan di seluruh Malaysia.
tindakan mara ini sangat bertepatan dengan situasi pasaran kerja yang sentiasa berubah.
ini langkah yang baik diambil oleh MARA. Kursus yang kurang permintaan pasaran kerja patut dikaji semula bagi memastikan pelajar mendapat pekerjaan selepas tamat belajar.
ya.. Mara seharusnya menawarkan kursus yang releven dan sesuai dgn keperluan masa kini.
ini satu tindakan yang betul.
Satu langkah yang baik dan tepat.
namun jika terlalu fokus kepada bidang tertentu saja pasti lebih banyak persaingan nanti.
tindakan MARA sesuai & seiring dengan permintaan pasaran. Harus dikaji. seharusnya kursus perlu seiring dengan permintaan pasaran.
Memang patut dikaji bagi memastikan pelajar yang mengikuti sesuatu kursus yang ditawarkan mempunyai peluang yang lebih cerah...
Semoga usaha ini membuahkan hasil yang positif:)
Catat Ulasan