KUALA LUMPUR – Kumpulan penyokong Gabungan Rakyat Membantah FTA menentang Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) bersama Kesatuan Eropah (EU), berkenaan kenaikan harga ubat anti HIV yang dianggap tidak munasabah.
Pengarah Positive Malaysian Treatment Access and Advocacy Group, Edward Low berkata, harga ubat HIV generik tidak dapat dijual dengan harga yang lebih murah, keputusan itu dibuat selepas EU-FTA mengadakan perbincangan.
“FTA akan memperkuatkan paten dan dia akan menggunakan syarat yang baru iaitu, Data Exclusivity yang menghalang syarikat untuk mengimport ubat generik dari India dan buatan Malaysia, dengan itu harga yang tinggi kerajaan tidak akan memberi subsidi atau percuma kepada pesakit.” katanya.
Kira-kira 50 orang telah menyertai bantahan aman tersebut yang disertai dari Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan kumpulan terbabit kemudiannya menyerahkan satu memorandum kepada pejabat EU dan berarak di sepanjang Jalan Tun Razak.
Walaupun bantahan tersebut tidak dicampuri pihak polis namun seramai 10 orang pegawai polis telah diletakkan bagi mengawal keadaan di sana.
Menurut risalah JERIT, harga ubat bagi pesakit HIV dijangka meningkat pada masa akan datang, perkara ini berikutan FTA mendapat perlindungan daripada Intellectual Property.
Risalah tersebut menambah, bahawa harga ubat di Guatemala naik berlipat kali ganda selepas pelaksanaan FTA dan Amerika Syarikat campur tangan dalam urusan terbabit.
Low berkata lebih daripada 93,000 daripada 150,000 pesakit HIV hanya bergantung kepada ubat anti-retrovirus yang murah bagi meneruskan hayat mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan