HALAMAN SANTAI

Rabu, 2 Mac 2011

Ro$mah cakap ada masalah bagi tahu dia, apa jadi aduan 3 wanita Penan kena rogol kepada Ro$mah?



Pada Mac 2010, 3 orang wanita Sarawak telah menyerahkan petisyen dan Laporan Pasukan Petugas Penan secara peribadi kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, mengenai hak wanita dan kanak-kanak Penan yang telah dianiayai dan menjadi mangsa rogol oleh pembalak tidak bertanggungjawab..

Mereka mengharapkan Rosmah dalam usaha untuk mendapatkan ihsan sokongannya selaku isteri PM Malaysia. Kata Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin seperti dilaporkan Harakahdaily.

Jelas, ujarnya respon Rosmah ketika itu bahawa beliau berjanji akan mengambil perhatian terhadap isu ini bersifat politik semata-mata, kerana sehingga kini setelah setahun tiada satu tindakan pun yang diambil oleh beliau bagi menyelesaikan masalah itu.

Beliau juga mempersoalkan mengapakah peruntukan yang terlalu melampau, iaitu sebanyak RM24 juta boleh diluluskan buat Sidang Kemuncak “Anak Hari Ini, Pemimpin Hari Esok” walhal masalah Penan ini tidak diselesaikan lagi.

Katanya, peruntukan RM24 juta yang dibazirkan itu mampu digunakan untuk membina lebih 50 buah sekolah di kampung-kampung luar bandar Sarawak dan mampu digunakan selama 20 tahun buat tujuan pendidikan kanak-kanak Sarawak.

“Sehubungan itu, saya mendesak agar segera disiasat ketelusan pengaliran kedua-dua dana ‘istimewa’ ini, dan menggesa agar peruntukan RM111 juta buat Permata dapat disalurkan sedikit buat Kumpulan Sokongan Penan untuk disalurkan buat pendidikan anak-anak Penan khasnya, dan anak-anak Sarawak amnya,” katanya.

Zurida yang juga Ahli Parlimen Ampang menyatakan demikian sebagai membalas kenyataan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam laporan “Rosmah: I don't look like a liar, do I? ” dalam portal Malaysiakini pada 27 Februari Ahad lalu. Beliau melihat sebagai suatu kenyataan membangga diri yang melampau.

Rosmah juga dilaporkan naik helikopter dalam kempen masuk hari kedua pilihan raya kecil Kerdau.

“Pagi ini memanglah saya pujuklah juga Datuk Najib, bolehkah saya tak pergi. Dia kata, 'ini negeri Pahang... Negeri I, you kena pergi.'

“Jadi sebagai isteri yang soleh, yang insya-Allah selalulah mengikut kata-kata suami, saya pun selalulah bersiap dan terus naik helikopter lagi datang ke sini,” kata Rosmah dalam ucapannya kepada kira-kira 200 penduduk Felda Jengka 25.

Sedangkan kes 3 orang wanita Sarawak telah menyerahkan petisyen setahun lalu masih belum diselesaikan. (IH)

Tiada ulasan: