"Datuk RES ; Rahim Eskay Shuaib, sebenarnya mahu menyibukkan DSAI de
ngan isu video lucah dan kemuncaknya mahu DSAI saman mereka supaya kes DSAI menghadapi banyak kes mahkamah. Kes Saiful belum selesai ditambah pula kes Datuk RES. Bila kes belum selesai dan sengaja dilambatkan maka DSAI akan kesuntukan masa untuk menghadapi PRU13.DSAI mesti diserang habis-habisan. Apatah lagi Najib semakin geram kerana 15 batang gigi sudah tercabut di Sarawak kerana peranan DSAI. DSAI mesti dengan apa cara sekalipun dinyahkan. Itulah perancangan APCO sebagai penasihat UMNO-BN.
Najib pernah berkata akan pertahankan Putra Jaya walau berkecai badan sekalipun. Makna tersirat buatlah apa sahaja asalkan DSAI berkecai.
Dalam masa yang sama APCO menasihati Najib supaya memainkan isu lama untuk kucar kacirkan PAS. Antaranya isu jawatan presiden. TGHH mesti diserang dengan imej lemah dalam menerajui PAS. Dan dua Tuan ; Guru TGNA dan TGHH mesti dilaga dengan isu Kerajaan Perpaduan. Ini menyebabkan media PAS menyambuat permainan ini dengan penafian dan ia akan berpanjangan. Manakala negeri di bawah PR akan berterusan diserang, bermula dengan Kedah isu cukai tanah dan air.
DAP pula mesti diserang dengan isu rasis dan anti Melayu. Ia diserahkan kepada PERKASA dan Mahathir. DAP perlu diserang habis-habisan sebab 12 batang gigi sudah tercabut di Sarawak, dicabut DAP! Maka dipilihlah pelakon video lucah lelaki mirip DSAI (baca lelaki mirip ESKAY) dan seorang perempuan cina. Mengapa cina bukan Melayu? Untuk menaikkan ammarah pengundi cina untuk tolak DSAI. Bermakna tolak DAP.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan