KUALA LUMPUR— Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menafikan klip video hampir dua minit yang kini disebarkan menerusi Internet, dikatakan aksi seks Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didedahkan “Datuk T”, dibocorkan oleh pihak polis.
Ketika ditanya bagaimana rakaman itu bocor sedangkan ”Datuk T” mendakwa satu-satunya rakaman video seks kini disimpan polis, Ismail (gambar) berkata, “itu yang saya katakan.”
“Sudah tentu ia tidak datang daripada kami. Ia langgar undang-undang dan tidak bermoral. Macam mana saya bolehkan perkara macam itu (berlaku)?” katanya.
“Kami tidak tahu dari mana datangnya video itu. Siapa muat naik, kami tidak tahu,” kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada sidang media di sini hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan