HALAMAN SANTAI

Isnin, 25 April 2011

JANGAN SEMBELIH LDP KERANA CHIN


Oleh: SURIATI MAHMUD


PEMIMPIN parti komponen BN Sabah tidak wajar menyembelih LDP semata-mata kerana Timbalan Presiden parti itu, Datuk Chin Su Phin melakukan kesilapan ‘menembak secara rambang’ Ketua Menteri Sabah dan Perdana Menteri melalui kenyataan akhbar yang turut dimanipulasikan pihak tertentu.

“Pandangan Chin adalah pandangan peribadi beliau sendiri dan tidak ada kena mengena dengan LDP sekalipun kedudukan beliau sebagai Timbalan Presiden LDP,” ujar Timbalan Ketua Bahagian LDP Silam, Chong Su Vun sebagai mengulas perkembangan politik semasa yang mengeruhkan hubungan LDP dengan parti komponen BN.

Menurut Chong, majoriti pemimpin LDP kesal dengan kenyataan rambang Chin namun menyerahkan kepada kebijaksanaan Presiden Parti, Datuk VK Liew untuk membuat kenyataan rasmi berhubung pendirian LDP dan mencari formula terbaik untuk menyelesaikan isu ini secara saksama berdasarkan semangat BN.

“Dalam hal ini, majoriti ahli LDP menyokong kepimpinan Ketua Menteri Sabah kerana diberi peluang yang cukup luas oleh kerajaan BN Sabah untuk memperjuangkan kepentingan masyarakat Cina sekalipun kuota Timbalan Ketua Menteri Sabah diserahkan kepada PBS; namun disebabkan beberapa isu tertentu dan ada pihak yang mengadu domba, maka terjadilah bibit perpecahan yang masih boleh diperbaiki Presiden parti,” tegas Chong yang meminta semua ahli LDP Silam bertenang.

Walaupun ada pihak yang cuba meracuni pemikiran ahli akar umbi LDP agar memberontak terhadap kepimpinan Musa Aman, namun kewibawaan Datuk VK Liew, kata Chong, telah berjaya memadamkan api sengketa yang dipasang oleh pihak tertentu sehingga hubungan LDP dengan parti komponen BN terutama UMNO terus terjalin erat.

Chong yang juga Exco Pemuda LDP Pusat menegaskan bahawa di bawah pemerintahan Datuk Musa Aman telah membuktikan bahawa beliau bukan sahaja menjadi Ketua Menteri untuk kaum bumiputera, malah untuk kaum Cina, India dan semua rakyat Malaysia yang berada di Sabah.

Isu Mazu, Timbalan Ketua Menteri dan teguran Chin, kata Chong adalah isu terpencil tidak boleh dijadikan ukuran gelincirnya sokongan Cina terhadap kerajaan BN Sabah kerana buktinya parti komponen BN telah membantu calon LDP pada pilihanraya umum lalu sehingga berikan kemenangan mutlak BN pada pilihanraya umum Sabah 2008 dan akan berterusan di masa akan datang.

“Saya percaya Datuk Musa tidak terkilan dengan pandangan peribadi Chin dan sentiasa menghormati LDP sebagai rakan setia komponen BN demi kemajuan dan pembangunan Sabah,” ujar Chong yang yakin Musa akan memberikan lebih banyak peluang gantian kepada LDP setelah kehilangan kerusi Timbalan Ketua Menteri akibat penghijrahan Pang ke Gerakan.

Memandangkan semua pemimpin LDP akan menghadiri bengkel penting mulai Sabtu, maka Chong berharap Presiden dan Majlis Tertinggi LDP akan menyelesaikan kemelut yang melanda LDP ekoran kenyataan liar yang tidak berasaskan kepada prinsip parti dan semangat setiakawan BN.

32 ulasan:

Mohd Ishak berkata...

Walau begitu, Chin sepatutnya bawa berbincang dengan BN Sabah kalau ada masalah dan bukan sengaja membesar-besarkan sesuatu hal bila tidak gembira dengan keputusan KM.

Mohd Ishak berkata...

Sikap Chin itu sangat sangat tidak profesional.

Mohd Ishak berkata...

Lagipun, sebagai parti komponen di bawah BN, LDP patut bekerjasama dan bersatu untuk kebaikan rakyat, bukan kebaikan diri sahaja.

Lucas berkata...

bru aku tau yg encik timbalan president menembak tanpa sokongan daripada akar umbi rupanya...

Tanpa Nama berkata...

Chin sepatutnya tidak bertindak mengeluarkan kenyataan rambangnya kerana ini menjejaskan imejnya sebagai salah seorang pemimpin dalam LDP.

Smookiekins berkata...

Jika mcm tu LDP sendiri perlu selesaikan masalah dalaman parti.

Tanpa Nama berkata...

sebaiknya LDP perlu menyelesaikan kemelut yang melanda dan tidak memperbesarkan masalah sehingga melibatkan komponen BN yang lain.

mandau berkata...

sikap Chin seperti duri dalam daging dalam LDP dan BN. dia seharusnya bersikap profesional.

Unknown berkata...

Chin yang bermasalah di sini, bukan LDP.

Unknown berkata...

Daripada Chin meluahkan ketidak-puas hatinya terhadap BN kepada Media, dia patut berbincang dengan BN untuk selesaikan masalah ini.

Unknown berkata...

Bagi saya, Chin seperti drama queen. Sengaja membesar-besarkan masalah ini.Cukup-cukuplah tue Chin.

Unknown berkata...

Apapun, saya harap masalah itu dapat diselesaikan dengan cara yang baik. Adalah penting untuk LDP dan BN untuk bekerjasama dan bersatu bagi kepentingan rakyat.

Tanpa Nama berkata...

ini bermakna konflik ini bukan antara LDP dan KM sabah atau BN, sebaliknya hanya melibatkan seorang pemimpin dalam LDP yang tidakpun menggambarkan pendirian semua pemimpin LDP.

Tanpa Nama berkata...

saya harap konflik ini akan berakhir dengan cara aman sekaligus mengeratkan hubungan semua komponen parti untuk kebaikan BN dan juga rakyat di negeri ini.

Tanpa Nama berkata...

konflik yang berlaku sebenrnya bukan antara LDP dan BN, tetapi antara Chin Su Phin dgn Musa. Chin seharusnya lebih bersikap rasional dan berbincang bagi permasalahan yang timbul, tak perlu nak mendedahkan kepada umum.

Paquin berkata...

Ini barulah mcm pepatah gara-gara nila setitik rosak susu sebelanga.

Paquin berkata...

Mungkin Chin perlu lebih matang dalam menanggani perkara yang berlaku.

Paquin berkata...

Sebaiknya setiap perkara dibawa berbincang sebelum dihebohkan kepada media.

Paquin berkata...

Tindakan menghebohkan masalah yang timbul kepada pihak lain belum tentu dapat menyelesaikan hal yang timbul. Tak pasal2 lain pula yang berlaku. huhu

Paquin berkata...

Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah nanti. Harap hal ini akan selesai dengan baik.

joey berkata...

sebaiknya perbincangan dibuat jika ada isu yang berlaku. itu lebih baik.

joey berkata...

pekara ini tidak perlu diperbesarkan lagi, sesuatu isu itu perlu ditangani secara profesional.

Unknown berkata...

Apa pun kita mahukan Chin menjaga kata-kata beliau untuk memastikan LDP aman.

Hamdan Hadillah berkata...

Semoga LDP akan mendapat sokongan dari penduduk. Chin haruslah bersatu dengan LDP bagi memastikan parti itu mendapat sokongan mereka.

Hosie Masie berkata...

LDP pasti buat yang terbaik. Apa yang berlaku di Sarawak adalah satu cabaran untuk LDP.

Nemia berkata...

He's right. We shouldn't be too confronted with Chin's remarks.

onong berkata...

Apa yang penting ialah perjuangan parti lain untuk membawa perubahan kepada Sabah.

Unknown berkata...

This thing should be viewed in a calm way.

Velove berkata...

Nila setitik, rosak susu sebelanga.

unknown berkata...

I think VK Liew is still the best to give the answer.

Gopuk berkata...

Chin seharusnya menyedari bahawa tindakan beliau sudah menyebabkan seluruh parti mendapat kecaman dari pelbagai pihak.

Gopuk berkata...

Chin seharusnya memperbaiki keadaan bukan memburukkan lagi keadaan. Tindakan beliau tidak memperlihatkan bahawa beliau ingin memperbaiki keadaan.