Parti komponen BN Sabah, sepatutnya duduk berbincang bersama dan bukan meluahkan rasa tidak puas hati menerusi media, kata timbalan Ketua Menteri Datuk Yahya Hussin.
Menurut beliau tindakan sedemikian bukan saja tidak menyelesaikan masalah, tetapi juga boleh menimbulkan kekeliruan serta mewujudkan tanggapan berlaku perbalahan pada kalangan anggota BN."Saya minta semua parti komponen yang ada masalah yang perlu ditangani agar duduk berbincang dan menyelesaikan isu berbangkit dengan cara berhemah.
"Kita sebuah keluarga. Kita perlukan satu sama lain khususnya ketika berdepan dengan pilihan raya umum akan datang," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program kemasyarakatan, di Kota Kinabalu hari ini.
Yahya yang juga setiausaha Umno Sabah mengulas kenyataan Timbalan Presiden Parti Liberal Demokratik Datuk Chin Su Phin baru-baru ini yang mendakwa keputusan pilihan raya Sarawak berpunca daripada kegagalan BN memenuhi keperluan rakyat, khususnya komuniti Cina.
Chin juga dilapor berkata isu kepimpinan yang melanda BN Sarawak adalah sama dengan situasi di Sabah.
13 ulasan:
ya.. segala masalah perlu dibawa berbincang, bukan mendedahkan kepada media. masalah pasti selesai jika ia dibawa berbincang dgn cara baik.
semoga mereka mengambil iktibar daripada keputusan pilihan raya di Sarawak.diharap tiada isu yang dikaitkan dengan perkauman.jika terdapat masalah,cara yang terbaik adalah berbincang bersama-sama.
"Parti komponen BN Sabah, sepatutnya duduk berbincang bersama dan bukan meluahkan rasa tidak puas hati menerusi media"
I have to agree with Datuk Yahya Hussin in this.
ya, duduk berbincang lebih baik daripada mendedahkan kepada media rasa tidak puas hati.
setiap parti komponen adalah saling memerlukan, maka kerjasama daripada semua parti adalah amat penting.
LDP shouldn't go to the media. They should just sit and discuss professionally. A problem is difficult to solve if there is no cooperation.
Perkara ini harus dibawa bincang antara parti-parti komponen di bawah BN.
LDP do the same thing again. Go to the media 1st and discuss later.
tindakan LDP ini menggambaran seolah2 meja perbincangan bukan lagi tempat yang sesuai untuk menyelesaikan masalah dalaman parti.
LDP wajar mempertimbangkan semula pendirian mereka dan perlu lebih memahami peranan dan tanggungjawab mereka sebagai parti komponen. selama LDP berada dalam BN, sudah banyak peluang2 diberikan malah akan tetap diberikan peluang walaupun bukan dalam masa terdekat ini.
Seharusnya apa masalah yang dihadapi haruslah dibawa berbincang dan bukannya terus kepada media. Kerana ini akan membuat rakyat memberikan pandangan bahawa parti ini menghadapi masalah parti. Ini akan memburukkan parti itu sendiri. Jadilah seorang yang profesional dalam bidang pemtadbiran.
Tindakkan terburu-buru oleh Chin memberikan kenyataan memburukkan keadaan. Harap parti ini dapat bersatu menangani apa masalah dan kerisauan dalam parti.
maslaah yang wujud boleh dibawa berbincang, bukan mendedahkn kepada umum.
Catat Ulasan