HALAMAN SANTAI

Ahad, 3 April 2011

PM: Adun Lenggeng masih wakil rakyat

BERNAMA

Adun BN itu akan membuat rayuan terhadap hukuman yang dijatuhi oleh Mahkamah Sesyen Seremban ke atasnya semalam.


BALIK PULAU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng Mustafa Salim masih lagi wakil rakyat bagi kawasan itu.

Katanya, Adun Barisan Nasional (BN) itu akan membuat rayuan terhadap hukuman yang dijatuhi oleh Mahkamah Sesyen Seremban ke atasnya semalam.

Semalam, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM20,000 terhadap Mustafa atas kesalahan menerima rasuah daripada seorang kontraktor sebagai dorongan mendapatkan permit menjual pasir, tiga tahun lalu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kedudukan Adun berkenaan, dalam satu persidangan akhbar selepas menghadiri Majlis Jamuan Mesra Rakyat di Kampung Permatang Pasir di sini, hari ini.

Pada perkembangan lain, Perdana Menteri berkata hanya rakyat yang boleh menilai kebenaran kes video lucah yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang.

“Saya tidak mahu ulas perkara ini. Biarlah rakyat yang tentukan. Saya hanya mahu kebenaran bukan persepsi,” katanya.

Semalam Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan bahawa rakaman video seks dikatakan melibatkan seorang pemimpin parti pembangkang yang didedahkan baru-baru ini adalah tulen.

Tiada ulasan: