BULETIN ONLINE
DUNGUN - Pembangkang menganggap mereka bukan berlawan dengan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak, sebaliknya berlawan dengan kerajaan berikutan jentera kerajaan yang diturunkan di kawasan bertanding.
Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, perkara itu tidak dinafikan sering kali berlaku dalam mana-mana pilihan raya apabila kerajaan kerap kali mengeluarkan peruntukan berjuta-juta ringgit di kawasan itu.
Keadaan itu boleh dilihat apabila kerajaan sudah pun mengumumkan peruntukan yang besar untuk sekolah di Sarawak.
“Pembangkang bukan lawan UMNO atau BN tetapi lawan kerajaan, sedangkan kerajaan itu adalah untuk rakyat.
“Apabila wakil rakyat meninggal dunia, rakyat dapat manfaat dalam pili-han raya apabila kerajaan mengeluarkan kos tidak sepatutnya,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, di sini, semalam.
Kerajaan mengumumkan peruntukan RM73.68 juta untuk kerja menaik taraf dan membaik pulih tiga jenis sekolah di seluruh negeri Sarawak.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peruntu-kan sebanyak RM25.68 juta adalah untuk 130 buah sekolah Mubaligh, RM20 juta untuk 197 sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina, manakala RM28 juta untuk 1,266 sekolah kebangsaan.
Mengulas lanjut, Satiful turut menyamakan UMNO dengan ‘Santa Claus’ yang suka memberi hadiah kepada rakyat apabila tiba musimnya.
Menurutnya, apa yang berlaku itu dianggap tidak lebih sebagai rasuah politik untuk memastikan rakyat mengundi pihaknya.
“Macam mana negara mahu maju kalau apa yang dilakukan itu tidak menggambarkan politik sebenar,” katanya.
Dalam masa sama, beliau meminta rakyat bijak berpolitik dan tidak menjual hak serta amanah sebagai pengundi.-SH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan