HALAMAN SANTAI

Jumaat, 1 April 2011

Selangor Sediakan Kurikulum Alternatif Untuk Orang Asal

RVS NEWS


SHAH ALAM : Exco Kerajaan Negeri Selangor Elizabeth Wong mengumumkan akan mencadangkan kurikulum alternatif kepada anak-anak orang Asal bagi memastikan mereka tidak melupai budaya asal mereka.

Menurut Elizabeth, ia merupakan permintaan dari Ketua Masyarakat orang asli sendiri yang mahukan anak mereka mempunyai minat untuk ke sekolah.

Namun beliau menafikan ia bakal menggantikan pendidikan formal persekolahan sebaliknya menambah minat pelajar di kalangan masyarakat Orang Asal.

"Bukan ganti pendidikan formal tapi kurikulum alternatif ajar budaya mereka. Ini permintaan dari Batin sendiri kata anak-anak tak berminat sekolah. Tapi tak nak belajar budaya . Kenapa mereka diberi pendekatan yang berbeza?

"Tak ada masalah. Ini bukan ganti sekolah tapi keluarkan kurikulum khas kepada anak-anak orang asli," kata beliau menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri Dusun Tua Ismail Sani dari Barisan Nasional.

Kerajaan Selangor telah memperjuangkan isu tanah pusaka Orang Asal yang merupakan isu pokok kepada masyarakat yang sekian lama diketepikan oleh pentadbiran kerajaan negeri yang lalu.

Sejak tahun 2009, kerajaan negeri telah menjalankan kajian secara mendalam berhubung dengan isu tanah pusaka Orang Asal dan justeru itu, pada tahun ini kerajaan negeri bersedia untuk memberi milik tanah-tanah pusaka itu kepada mereka yang berhak.

Elizabeth yang juga pengerusi Badan Bertindak Tanah Orang Asal Selangor (BBTOAS) kemudian membidas tuduhan Ismail yang menyatakan hal pendidikan itu bukan isu kerajaan Negeri.

"Mengapa kerajaan selangor mengambil perkara tersebut? Nak turap jalan, bantu semua ini tanggungjawab Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan Kementerian( Pembangunan Luar Bandar). Secara ringkas kerana kerajaan sebelum ini tak buat dan kerajaan persekutuan tak buat,'katanya lagi.

Elizabeth turut menyatakan hak tanah adat Orang Asal hanya benar-benar terbela setelah kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan negeri tiga tahun lalu.

"Kes tanah, KNS bawah BN ambil tanah kerana enggan iktiraf tanah adat dan tak bayar pampasan. Pakatan Rakyat perintah Bila masuk bulan April...buat kali pertama KNS mengiktiraf tanah orang asli," tegas Elizabeth lagi.

Tiada ulasan: