KUALA LUMPUR — Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak harus takut untuk berhadapan dengan siasatan suruhanjaya diraja mengenai pendedahan rakaman video seks kerana ia akan turut memanfaatkan Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) itu, kata Datuk Seri Nazri Aziz (gambar) hari ini.
Sehubungan itu kata Nazri, tiada sebab mengapa Anwar harus bimbang untuk menghadapi atau membantah pembentukan suruhanjaya sedemikian.
“Jika lelaki dalam video itu bukan Anwar, maka ia harus menjadi kelebihan politk yang cukup besar bagi pembangkang dalam pilihan raya umum.
“Saya merasakan beliau dan pembangkang boleh menang besar. Jadi mengapa bimbang?” kata beliau kepada pemberita di Kuala Kangsar, Perak hari ini.
Dipetik The Star Online hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, penubuhan suruhanjaya diraja adalah penting sebab polis sudah mengesahkan ketulenan video seks itu.
Nazri berkata identiti lelaki dan wanita dalam aksi seks rakaman itu harus ditentukan sebab polis sudah pun mengesahkan bahawa video itu bukan satu rekaan.
“Bagi Barisan Nasional, kami juga mahu membersihkan nama kami, memandangkan kami juga telah dituduh sebagai dalang pendedahan video seks ini,” kata beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan