Polis meneruskan tindakan terhadap aktiviti politik menjelang perhimpunan BERSIH 9 Julai ini - kali ini terhadap Parti Sosialis Malaysia (PSM).
Ketika dihubungi petang ini, Arutchelvan berkata kira-kira 50 ahli PSM dihalang daripada mengedarkan risalah mengenai kempen tersebut pada kira-kira jam 9.30 pagi.
Menurutnya, pihak polis mengancam untuk menangkap mereka atas dakwaan menghasut jika mereka meneruskannya, dan polis juga menggunakan perhimpunan BERSIH 2.0 sebagai alasan untuk menghalang kempen tersebut.
Katanya, apabila PSM menunjukkan risalah yang menggesa rakyat
menukar kerajaan kerana 'rekod prestasinya yang lemah', pihak polis mendakwa ianya berunsur hasutan.
"Risalah itu menyatakan, selepas 54 tahun pemerintahan BN, rasuah meningkat, ketegangan kaum meningkat dan jurang antara yang kaya dan yang miskin telah melebar, jadi kami meminta rakyat tukar kerajaan.
Ekoran ancaman polis untuk menangkap mereka, Arutchelwan
membuat laporan polis terhadap OCPD Nusajaya, Supt Abd Aziz Ahmad kerana didakwa tidak bersikap berkecuali.
"Beliau bersikap seperti seorang ahli politik," katanya.
Arutchelvan berkata, setakat ini pihaknya tidak menghadapi masalah berkempen di Perak, walaupun kumpulan di Arau, Perlis, telah diminta ke balai polis untuk disoalsiasat sebelum dilepaskan.
"Malah, empat kenderaan polis masih mengekori kita sekarang, dan kita diberitahu bahawa ramai lagi anggota polis menunggu di destinasi kami seterusnya di Simpang Renggam (Johor)," katanya.
Kempen 'Udahlah tu...Bersaralah' ditumpukan ke bandar-bandar kecil di Semenanjung Malaysia, melalui penjelajahan jelajah dari 24-26 Jun untuk mendedahkan rekod BN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan