HALAMAN SANTAI

Isnin, 27 Jun 2011

Isa: Felda mampu bayar balik pinjaman RM6 bilion KWSP

THE MALAYSIAN INSIDER


KUALA TERENGGANU— Felda mampu membayar balik pinjaman berjumlah RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengikut tempoh yang ditetapkan, kata Pengerusinya, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Beliau berkata Felda akan melunaskan pinjaman itu secara ansuran dan perkara tersebut tidak perlu diperbesarkan kerana ia adalah transaksi biasa dalam setiap perniagaan.

“Bagi saya, perkara membuat pinjaman ini adalah menjadi perkara biasa, jadi pinjaman yang kita buat daripada KWSP itu seperti satu penghormatan kepada Felda kerana mereka yakin kita mampu membuat bayar balik pinjaman itu,” katanya dipetik Bernama Online.

Beliau berkata pihak pengurusan Felda tidak mahu timbul salah faham di kalangan masyarakat Felda, justeru mengambil langkah turun padang bagi menjelaskan beberapa isu yang dibangkitkan pembangkang.

Tiada ulasan: