Harakahdaily |
KUALA LUMPUR: Suaram mengecam tindakan pihak polis yang sekian hari menyalahgunakan kuasa dengan menangkap orang yang memakai baju kuning kemeja T ‘Bersih’. “Kami berpendapat bahawa polis telah menyalahgunakan kuasa sehingga melakukan tindakan yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjaminkan kebebasan bersuara rakyat,” kata Penyelaras Suaram, Yap Heng Lung kepada Harakahdaily. Sejak 24 Jun lalu, katanya polis telah membuat beberapa penangkapan dan mengganggu ceramah Bersih di sekitar Selangor termasuk Shah Alam ,Gombak dan Kapar, Penang dan Johor serta menangkap aktivis yang menyokong perhimpunan Besih. Menurutnya, antara jumlah aktivis yang pernah dan masih ditangkap kira-kira 70 orang. “Kami tidak menerima alasan polis bahawa perhimpunan Bersih akan mengganggu keamanan masyarakat. “Tindakan polis sekian hari ini adalah tidak profesional dan langsung tidak beretika,” katanya. Menurutnya, polis tidak berkuasa mengeluarkan permit perhimpunan kerana ia adalah hak asasi semua rakyat Malaysia. Selain itu, ujarnya polis langsung tidak berkuasa untuk menangkap sesiapa disebabkan memakai baju kuning ‘Bersih’. Ia, katanya merupakan satu tindakan penyalahgunaan kuasa untuk menakutkan orang awam kerana kebebasan bersuara rakyat telah dijamin bawah Perlembagaan Persekutuan. “Kami menuntut polis berhenti menjadi ‘alat mainan’ kerajaan Barisan Nasional (BN),” katanya. Tambahnya, kredibiliti dan maruah polis akan jatuh di kalangan masyarakat dan masyarakat akan menolak penguatkuasa yang tidak berorientasi rakyat. Secara jelasnya, kata beliau kerajaan yang sanggup menggunakan institusi-institusinya untuk menindas rakyat supaya ia dapat kekalkan kuasanya, tidak akan kekal lama disebabkan rakyatnya yang cekal dan tidak mudah terpengaruh. “Kami menuntut polis membebaskan semua aktivis yang ditahan dengan segera dan semua polis yang terlibat perlu diambil tindakan atas sebab penyalahgunaan kuasa,” ujarnya. Katanya, kempen ‘Bersih’ yang menuntut pilihan raya yang adil dan bebas adalah kempen dianjurkan oleh rakyat dan ia meupakan suara dan tuntutan rakyat. Beliau menambah, pihaknya percaya rakyat akan meneruskan perjuangan untuk sistem demokrasi yang adil dan bebas. Jelasnya, Universal Deklarasi Hak Asasi Manusia (UDHR) dan Perlembagaan Persekutuan telah menjaminkan himpunan Bersih perlu dijalankan secara aman. |
HALAMAN SANTAI
Isnin, 27 Jun 2011
Suaram gesa polis bebas semua aktivis Bersih
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan