HALAMAN SANTAI

Jumaat, 24 Jun 2011

Rebat Touch ‘n Go: Pengguna belum tuntut RM111 juta


THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Pengguna-pengguna lebuh raya yang menggunakan kad Touch ‘n Go masih belum menuntut rebat 20 peratus bernilai RM111 juta sehingga kini.

Operator kutipan tol elektronik itu menawarkan rebat 20 peratus setiap bulan sejak September 2009 bagi mereka yang menggunakan kad keluaran mereka sekurang-kurangnya 80 kali sebulan di mana-mana lebuh raya negara ini.

Menurut Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor, seramai 163,000 pengguna Touch ‘n Go layak menikmati insentif tersebut.

“Kami telah membayar rebat sehingga RM47.7 juta sehingga Januari tahun ini, sejak ia dilancarkan (pada September 2009),” kata beliau dipetik The Star hari ini.

Bagaimanapun menurut beliau, sebanyak RM111 juta lagi masih belum dituntut oleh pengguna-pengguna yang layak.

“Kemungkinan sesetengah orang tidak memerlukan rebat ataupun lupa untuk berbuat demikian (membuat tuntutan),” katanya.

Kata beliau, tawaran rebat itu akan menggunakan lebih ramai menggunakan kad Touch ‘n Go dalam menjelaskan bayaran tol.

Rebat 20 peratus boleh ditebus menerusi nilai tambah kad di kesemua 136 kaunter Touch ‘n Go di seluruh negara.

Tiada ulasan: