BERNAMA
Pemuda Umno akan tetap meneruskan perhimpunannya pada 9 Julai ini walaupun tidak diberi permit oleh Kementerian Dalam Negeri, kata Ketuanya Khairy Jamaluddin.
Katanya selain Pemuda Umno, Pemuda MIC dan Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP) akan turut serta dalam perhimpunan itu.
"Bagaimanapun, Pemuda MCA tidak akan menyertai perhimpunan tersebut atas sebab-sebab tertentu dan Pemuda Umno menghormati keputusan mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Pemuda PPP di Kuala Lumpur hari ini.
Turut hadir Presiden PPP Datuk M. Kayveas dan Ketua Pemudanya Harridz Mohan.
Khairy berkata beliau yakin perhimpunan Pemuda Umno itu tidak akan bertukar ganas memandangkan pada hari yang sama, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) akan turut mengadakan perhimpunan serta perhimpunan haram oleh kumpulan pengacau.
Mengenai kehadirannya pada perhimpunan itu nanti, Khairy berharap beliau akan dapat pulang pada Sabtu depan selepas menyertai misi Flotilla Kemanusiaan Antarabangsa II ke Gaza selama seminggu mulai Ahad ini.
Menyentuh mengenai ugutan bunuh yang diterima Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Datuk Ambiga Sreenevasan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), Khairy berkata pihak berkuasa perlu melakukan siasatan dengan segera kerana ia adalah satu perbuatan jenayah.
Beliau turut membidas tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa ugutan itu daripada Barisan Nasional (BN) tanpa sebarang bukti.
Sementara itu, pada pemilihan Pemuda PPP, Mohan mengekalkan jawatan tanpa bertanding manakala jawatan tiga Naib Ketua dimenangi John Kieran Mahendran, Jayasena A/L H.L Winnie dan Manikumar A/L Muniandy.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan