HALAMAN SANTAI

Isnin, 27 Jun 2011

Isa Samad: Pinjam Duit KWSP Satu ‘Penghormatan’

Staff Berita Semasa

tan sri isa samad Isa Samad: Pinjam Duit KWSP Satu Penghormatan

Tidak lama dulu, BeritaSemasa ada menyiarkan artikel mengenai ura-ura bahawa FELDA meminjam sebanyak RM 6 bilion dari KWSP yang tidak diketahui apa sebabnya.Dan kali ini, akhirnya ,Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad, mengiyakan berita itu.

Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad berkata tidak ada masalahnya jika Felda meminjam wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) – berjumlah RM6 bilion seperti yang ditimbulkan oleh Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) sebelum ini.

Mohd Isa turut menangkis tanggapan bahawa pinjaman berkenaan menunjukkan Felda kini menghadapi krisis kewangan walau dilaporkan meraih keuntungan sebanyak RM1.197 bilion tahun.

Beliau berkata pinjaman berkenaan merupakan satu “penghormatan” kepada Felda kerana ia menunjukkan keyakinan KWSP bahawa lembaga pembangunan tanah itu mampu melunaskan pinjaman berkenaan. Persoalannya, apa tujuan pinjaman tersebut? Untuk joli? Beli kereta mewah? Kena bagitahu.Baru rakyat jelas tentang apa perancangan FELDA.

“Apa masalahnya pinjam? Kita pinjam pun daripada (KWSP), (KWSP) bagi kita pinjam itu juga satu penghormatan sebab yakin pada kita, kita boleh bayar”.

“Kalau saya meniaga saya ada duit, takkan saya nak guna semua duit saya sendiri, saya mesti pinjam. Itu yang penting, apa yang masalahnya kalau pinjam?

“Saya pun tak tahu apa masalah yang ditimbulkan itu. Saya beli kereta pun pinjam, saya tak tahulah kalau semua orang ANAK ini semua bayar tunai, saya tak tahulah,” katanya lagi, menyindir NGO yang menimbulkan isu berkenaan.

Kami juga ingin bertanya kepada Pengerusi Felda dan menuntut Felda menjelaskan sama ada salah sebuah anak syarikatnya – Felda Global Ventures – mengalami kerugian dalam pelaburan di seberang laut.Kerugian daripada pelaburan dalam tempoh 2007 hingga 2010 itu berjumlah hampir RM500 juta.

Kerugian itu didakwa melibatkan pelaburan ke dalam syarikat Felda Iffco Sdn Bhd, Twin Rivers Technologies US, TRT-ETGO Canada, Felda Global Ventures Middle East dan juga Felda Global Ventures Arabia.

Pinjaman sebanyak RM 6 bilion bukan sedikit.Bagaimana pula cara pembayaran dan pengiraan pinjaman tersebut?Adakah pinjaman selama 99 tahun?

Tujuan pinjaman ini tidak jelas.Sebab itu langkah yang terbaik adalah memberitahu kepada rakyat khususnya kepada peneroka Felda tentang tujuan pinjaman tersebut.Kita tidak mahu nanti, berlaku apa-apa kerugian lagi, peneroka Felda yang tanggung akibat daripada kesilapan pentadbiran.

Apa pendapat anda mengenai isu ini?

Tiada ulasan: