HALAMAN SANTAI

Ahad, 26 Jun 2011

Timbalan Ketua AMK bebas selepas beri keterangan

THE MALAYSIAN INSIDER

SHAH ALAM — Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Khairul Anuar Ahmad Zainuddin yang dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di Seksyen 9 di sini semalam dibebaskan awal pagi ini selepas diambil keterangannya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Zahedi Ayob ketika dihubungi Bernama menafikan bahawa pemimpin AMK itu ditahan polis selepas didakwa cuba mempromosikan perhimpunan haram yang dijadualkan pada 9 Julai.

“Kita tidak tahan beliau tetapi hanya ambil keterangannya. Khairul Anuar dibawa ke IPD Shah Alam kira-kira pukul 10.30 malam semalam dan selepas selesai (ambil keterangan) kita lepaskan dia,” katanya.

Khairul Anuar yang diiringi peguamnya Latheefa Koya dilihat keluar dari IPD Shah Alam kira-kira pukul 1 pagi tadi.

Sepanjang tempoh diambil keterangan, kira-kira 20 orang dipercayai penyokong pemimpin AMK itu dilihat berkumpul bagi memberi sokongan kepada beliau di luar pintu pagar IPD yang ditutup dan dikawal beberapa anggota polis.

Tiada ulasan: