Harakahdaily |
SHAH ALAM: Kontraktor penyelamat bagi projek perumahan yang terbengkalai dilantik oleh bank, bukan kerajaan negeri, kata Exco perumahan Selangor, Iskandar Samad. Katanya, kerajaan negeri Selangor tidak pernah melantik kontraktor atau pemaju untuk menyelamatkan mana-mana projek terbengkalai. "Terpulanglah kepada pemaju asal, bank atau pelikuidasi untuk memilih tawaran yang terbaik dari pihak-pihak yang berminat untuk memulihkan sesuatu projek. Kerajaan Negeri Selangor hanya bertindak sebagai fasilitator sahaja," kata Iskandar dalam satu kenyataannya hari ini. Menurut beliau, Jawatankuasa Khas Projek Terbengkalai Kerajaan Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Perumahan bermesyuarat dua minggu sekali untuk membincangkan cara-cara untuk mempercepatkan pemulihan projek-projek yang terbengkalai. Wakil-wakil Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor, Pejabat Tanah Dan Galian Selangor serta Pentadbir Tanah Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan yang berkaitan merupakan ahli jawatankuasa tersebut. Turut dijemput adalah wakil-wakil Syabas dan TNB. Wakil-wakil pembeli juga kadang kala dijemput jika ada keperluan, katanya. Pemaju atau kontraktor penyelamat akan membentangkan projek mereka dan akan dibantu oleh pihak-pihak berkuasa kerajaan dan pihak berkaiitan. Masalah-masalah yang selalu dibincangkan adalah yang melibatkan kelulusan dari pihak berkuasa tempatan, jabatan-jabatan kerajaan atau agensi-agensi yang berkaitan, kata Iskandar. "Walaupun pemulihan projek-projek menjadi keutamaan namun Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi dalam perkara-perkara yang melibatkan keselamatan dan kemudahan rakyat. Pemaju mestilah mematuhi segala kehendak undang-undang," katanya. Menurut Iskandar, terdapat juga kontraktor dan pemaju penyelamat yang mendapati projek mereka dibebani dengan cukai-cukai yang tertunggak. Di dalam hal ini mereka boleh memohon agar cukai ini dibayar secara berperingkat, katanya. Oleh itu, secara kesimpulannya jawatankuasa itu bertindak sebagai 'one stop centre' untuk memulihkan projek-projek perumahan terbengkalai, tambah beliau lagi. |
HALAMAN SANTAI
Jumaat, 24 Jun 2011
Kerajaan negeri tidak lantik kontraktor penyelamat
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan