HALAMAN SANTAI

Jumaat, 24 Jun 2011

Unipeq nafi beri status bir halal

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR – Unipeq, anak syarikat Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM), menafikan ia telah mengesahkan status halal produk bir ‘Barbican’ seperti didakwa pengeluar produk itu pada Khamis lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Unipeq, Dr Siti Noorbaiyah Abdul Malek berkata syarikat itu hanya mengeluarkan sijil analisis yang menunjukkan kandungan kompaun yang diuji dan bukannya status halal.

“Sesuatu produk itu hendaklah dirujuk kepada pihak-pihak yang berwibawa seperti Jakim untuk status halal dan Kementerian Kesihatan untuk piawai makanan,” katanya dipetik Bernama Online hari ini.

Noorbaiyah berkata sejak 15 tahun lepas, Unipeq bertindak sebagai sebuah makmal pemantauan kualiti makanan dan hanya menguruskan hal-hal berkaitan teknologi makanan.

“Kami khuatir sebab banyak sangat reaksi di luar sana berhubung dengan iklan yang dikeluarkan (pengeluar), saya haraplah kita boleh betulkan keadaan,” katanya.

Tiada ulasan: