HALAMAN SANTAI

Selasa, 28 Jun 2011

Mahkamah berhak tayang video seks, kata Nazri

THE MALAYSIAN INSIDER


KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret mempunyai hak untuk menggunakan kuasanya dalam menimbangkan sama ada mahu atau tidak menayangkan video seks yang didakwa memaparkan individu mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz (gambar) berkata tidak timbul sebarang persoalan sama ada perbuatan itu salah atau betul kerana pada hakikatnya mahkamah mempunyai kuasa bagi membolehkan video itu ditayangkan.

“Mahkamah itu mempunyai kuasa untuk mempertimbangkan sama ada mahu membenarkan penayangan video berkenaan,” katanya dipetik Bernama Online.

“Isu pokoknya adalah sama ada mahkamah mempunyai kuasa atau tidak,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Saraan Hakim (Pindaan) 2011 pada sidang Dewan Rakyat.

Jumaat lepas, trio ‘Datuk T’ – ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim, didenda oleh Mahkamah Majistret kerana terlibat dalam menyiarkan video berkenaan kepada khalayak awam.

Ia juga ditayangkan di Mahkamah Majistret bagi disahkan oleh kesemua tertuduh.

Tiada ulasan: