Dewan Milenium di Kepala Batas seolah-olah berpesta malam semalam apabila ribuan orang membanjirinya bagi menyambut majlis ulang tahun ke-60 PAS.
Bangunan tiga tingkat tempat majlis ini diadakan sesak, ratusan lagi duduk di atas lantai beralaskan tikar dengan membawa anak-anak termasuk yang masih bayi bersama.
Ucapan Nik Aziz banyak berkisar tentang agama tetapi diselitkan juga dengan anekdot, lawak jenaka dan kias yang terus memikat pendengar sambil disambut gelak ketawa, walaupun mesejnya serius.
Turut hadir pada majlis yang berlangsung hampir tiga jam itu adalah kepimpinan tertinggi PAS termasuk presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Walau bagaimanapun, paling ketara yang tidak hadir pada malam itu adalah pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh.
Diminta menjelaskan ketidakhadiran Karpal, timbalan presiden PAS, Mohammad Sabu berkata beliau tidak tahu sebab sebenar.
Katanya, tidak mungkin bahawa Karpal tidak dijemput kerana gambarnya juga tertera di kain rentang yang mempromosikan acara itu di seluruh bandar.
"Ini mungkin salah faham, mungkin pejabatnya tidak mendapat surat jemputan, ataupun mungkin dia tidak sihat ... lagipun dia terpaksa gunakan kerusi roda," kata pemimpin PAS itu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.
Ketika ditemui, ahli jawatankuasa PAS pusat Mujahid Yusof Rawa juga berkata beliau tidak mengetahui sebab-sebab Karpal tidak hadir pada majlis PAS itu.
Malah, Lim berkata beliau akan berhubung dengan hari ini, untuk mengetahui lebih lanjut mengenai mengapa Karpal tidak hadir.
"Saya akan menelefon dia, saya akan telefon dia ... Jika saya ada kerja yang perlu dilakukan, saya juga tidak dapat hadir," katanya kepada pemberita yang terus menyerbunya untuk mendapatkan jawapan selepas ceramah itu berakhir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan