HALAMAN SANTAI

Sabtu, 1 Oktober 2011

Pakatan juga enggan dedah sumber biaya

Aidila Razak


Seorang penganalisis politik, Terence Gomez berkata, bukan BN sahaja pakatan yang membiaya kegiatan politik secara rahsia tetapi Pakatan Rakyat juga enggan mendedahkan sumber dana mereka.

terence gomez dinner 140605 terence speechKatanya lagi, pemimpin Pakatan akan mengelak daripada menjawab isu berkenaan, atau terus berdiam diri apabila ditanya mengenai pembiayaan untuk kegiatan politik, kata Gomez (kiri) di satu forum anjuran Majlis Peguam di Universiti Sunway pada malam tadi.

"(Saya tanya) 'Anda ada pembiayaan rahsia?' Senyap. (Saya tanya) 'Anda anda pembiayaan daripada perniagaan yang kami tidak tahu?' Sekali lagi, mereka elak isu itu," katanya.

Bagaimanapun, Gomez berkata alasan untuk tidak mendedahkan sumber berkenaan nampaknya berbeza daripada BN mahupun Umno.

Bekas presiden parti itu sebelum ini pernah mengakui bahawa aset yang dimiliki Umno bernilai RM1.4 bilion dalam bentuk tunai, hartanah serta saham amanah.

Menurut pensyarah Universiti Malaya itu lagi, Pakatan memberi alasan bahawa sumber pembiayaan itu tidak didedahkan kerana bimbang individu berkenaan akan diganggu.

"Mereka kata jika mereka dedahkan sumber pembiayaan, BN akan sasar (pembiaya)," kata Gomez lagi kepada 200 orang yang memenuhi dewan berkenaan.

Perkara itu juga disahkan oleh ahli parlimen Rasah, Anthony Loke yang berkata beliau telah menemui individu yang enggan menerima resit kerana bimbang mereka akan dikenalpasti sebagai penderma kepada parti pembangkang.

"Mereka kata, 'saya takut jika anda namakan saya dalam buku resit, pihak berkuasa akan dapat tahu dan orang akan datang cari saya'," katanya lagi yang bercakap dalam forum sama.

Oleh itu, undang-undang perlu dibuat supaya parti politik mendedahkan sumber pembiayaan mereka dan golongan masyarakat sivil boleh mengetuai tuntutan itu.

Gomez juga berkata, pengundi berhak untuk mengetahui sumber pembiayaan berkenaan kerana pembiaya akan dapat mempengaruhi banyak dasar yang didukung ahli politik.

Tiada ulasan: