Oleh SYED AZMAN SYED AHMAD
Majoriti pimpinan politik Melayu Umno ghairah bercakap atas nama pembangunan bangsa tehttp://gazebodaily.net/wp-content/uploads/said.giftapi dalam masa yang sama sanggup menggadaikan masa depan orang Melayu Terengganu bagi kepentingan dan kekayaan diri semata-mata.
BARU-BARU ini, Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said hadir merasmikan majlis pecah tanah dan pelancaran projek projek ‘Kuala Terengganu City Centre’ (KTCC). Menurut kenyataan, projek pelaburan di Muara Selatan, Jalan Sultan Zainal Abidin ini bernilai RM5 bilion dan akan dibangunkan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC)
Uniknya projek ini bakal dibangunkan di atas saki baki perkampungan tradisi Melayu sejak turun-temurun di tengah-tengah bandar raya Kuala Terengganu
Projek ECERDC ini antara koridor pembangunan terbesar negara yang bakal melibatkan kawasan strategik ‘segi-tiga emas’ seluas kira-kira tujuh kilometer radius dari muara Sungai Terengganu yang merangkumi pembangunan lima kawasan utama iaitu Muara Utara, Muara Selatan, Pulau Warisan, Kampung Ladang/Tanjung dan Tebing Pesisir Air. Kesemua kawasan yang akan dibangunkan ini adalah perkampungan tradisi warisan Melayu yang banyak mencatatkan sejarah penting bagi negeri.
Berucap pada majlis tersebut, Ahmad Said menyatakan bahawa Projek KTCC di bawah ECERDC itu akan memberi manfaat kepada semua terutama penduduk di negeri ini. Ia dijangka membantu meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri Terengganu sehingga 7.5 peratus menjelang 2020 dan “akan menjadi penanda aras yang baru kepada pembangunan hartanah dan pelancongan di negeri ini pada masa depan dan meletakkan Terengganu sebagai pusat pelancongan moden bertaraf dunia.”
Terengganu memerlukan pembangunan mampan dan bersepadu. Namun apakah harga pembangunan yang perlu dibayar oleh penduduk asal yang tanah-tanah mereka diambil untuk pembangunan ini? Dan pembangunan ini untuk siapa dan apakah jaminan masa depan tanah-tanah dan perkampungan tradisi Melayu tidak akan pupus ditelan pembangunan? Dan apakah benar telahan bahawa orang-orang Melayu di bandar dan pinggir bandar raya Kuala Terengganu bakal menjadi pelarian di bumi sendiri?
Persoalan besar inilah yang kini menjadi perbualan hangat kebanyakan penduduk asal Kuala Terengganu. Lebih-lebih lagi ini berlaku di hadapan mata dan terus bermain di detik hati kebanyakan rakyat dan penduduk asal di bandar dan pinggir bandar raya Kuala Terengganu. Lihat sahajalah apa yang sedang berlaku dari Kampung Tanjung, Ladang Sehat, Bukit Besar, Losong hingga ke Pasar Cabang Tiga.
Mereka juga dapat melihat bagaimana kampung-kampung tradisi Melayu seperti Paya Bunga, Nesan Empat dan Lorong Haji Jamil pupus ditelan arus pembangunan dan kini hanya tinggal kenangan.
Kebimbangan saya ialah orang Melayu di Kuala Terengganu seolah-olah disisih dan dihalau secara terhormat, dari Kampung Tanjung, Kampung Ladang dan terbaharu Kampung Losong dan Pasar Cabang Tiga. Tanahtanah kediaman mereka telah dan sedang akan diambil untuk dibangunkan atas nama ’Pembangunan Untuk Rakyat’.
Tidak timbul soal memastikan orangMelayu akan terus kekal di kawasan bersejarah ini.
Realitinya kebanyakan penduduk mewarisi tanah daripada nenek moyang mereka sejak ratusan tahun dan ramai yang bersaudara mara.
Ya, apa relevannya pembangunan ECERDC lebih RM5 bilion ini kepada rakyat Terengganu sekiranya masa depan mereka tidak menentu dengan pengambilan tanah penduduk oleh kerajaan negeri pimpinan Ahmad Said di atas nama ’pembangunan’ dan membangun semula tanah-tanah orang-orang Melayu. Namun sehingga kini tiada sebarang jaminan perkampungan tradisi serta tanah-tanah warisan Melayu di bandar raya ini akan dilindungi oleh kerajaan Ahmad Said.
Bagi saya, isu masa depan dan kepentingan orang Melayu yang kian terpinggir di Kuala Terengganu ini tidak ada kena mengena dengan politik sempit Umno-PAS. Yang nyata, kerakusan sesetengah pimpinan politik Melayu Umno yang semuanya bercakap atas nama pembangunan tetapi di sebaliknya sanggup menggadaikan masa depan orang Melayu Terengganu bagi kepentingan dan kekayaan mereka semata-mata.
Persoalannya, apakah kepimpinan Ahmad Said layak bercakap soal membela orang Melayu sedangkan orang Melayu bandar terus terpinggir ’ibarat menjadi pelarian di bumi sendiri’. Pembangunan negeri ’penyu bertelur’ ini untuk apa dan untuk siapa? Ribuan juta dibelanjakan setiap tahun di bawah kepimpinan Ahmad Said.
Namun ramai tertanyatanya siapakah yang perlu bertanggungjawab dalam membela masa depan masyarakat Melayu di Kuala Terengganu ini? Dan apakah jaminan bahawa kawasan yang akan dibangunkan itu tetap kekal menjadi warisan orang Melayu? Realitinya, amat malang bagi masyarakat Melayu bandar raya persisir pantai ini.
Mereka akan terus dihimpit arus pembangunan dengan hanya mampu memeras segala keringat mencari rezeki ’kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’.
2 ulasan:
ko tu yang bodoh bangang....kg ladang tu pusat bandaraya kuala terengganu takkang lah nak biarkan rumoh kampung kayu buruk duduk tersergam indah dalam pusat bandaraya kuala terengganu....kerajaan teganu dah bina apartment mampu milik dah besar rahmat dah....fuck you penulis blog bodoh!!!!
ko tu yang bodoh bangang....kg ladang tu pusat bandaraya kuala terengganu takkang lah nak biarkan rumoh kampung kayu buruk duduk tersergam indah dalam pusat bandaraya kuala terengganu....kerajaan teganu dah bina apartment mampu milik dah besar rahmat dah....fuck you penulis blog bodoh!!!!
Catat Ulasan