
Editor Buletin
Sabtu,, perkarangan Markas PAS Cawangan Kampung Anak Ikan yang
biasanya sunyi berubah menjadi suasana meriah dengan kehadiran tetamu
yang berduyun-duyun menyambut undangan ke Program Jamuan Perdana bagi
mengumpulkan dana PRU ke 13 Dun Jabi.

Lebih
membanggakan, adalah kehadiran ramai anak-anak muda yang menggambarkan
tembok pemisah antara pengundi muda semakin berjaya dirobohkan dan
mereka sudah tidak segan silu lagi untuk sama-sama menyatakan sokongan
kepada program-program yang dianjurkan oleh PAS di semua peringkat,
khususnya DUN Jabi.

Saya
melihat program ini juga adalah medan untuk mengumpulkan semua
petugas jentera pilihanraya Dun dari semua peringkat samada
Jawatankuasa MTD, Ulama’, Pemuda, Muslimat, Unit Peti Undi dan
cawangan-cawangan untuk sama-sama turun padang, berganding bahu dalam
rangka persiapan Dun Jabi menghadapi PRU 13 nanti.

Dengan
hidangan gulai kawah sebagai menu utama, semua petugas tak menang
tangan melayan sekitar 3,000 para undangan yang bertali arus tiba dari
serata tempat bukan setakat penduduk Dun Jabi malah menjangkau sehingga
negeri Kelantan serta beberapa daerah berdekatan.

Momentum semangat ini perlu dikekalkan kehangatannya secara
berterusan dengan beberapa siri program lagi sehinggalah gendang PRU
dipalu. Dengan izin Allah, Umno akan ditalkinkan di Dun Jabi.
Dr Azman Ibrahim
Pengerusi MTD Jabi merangkap
Naib YDP Setiu/ Anggota BPPNT
http://www.drazmanibrahim.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan