HALAMAN SANTAI

Selasa, 26 Jun 2012

Berjayakah kerajaan BN membanteras jenayah?

  Moaz Nair, Malaysia Chronicle



Selepas kes penculikan Nayati Moodliar di Pulau Pinang, ramai yang semakin risau akan keselamatan anak-anak mereka. Separuh tahun pertama 2012 sememangnya telah menyaksikan banyak kes jenayah ngeri yang berlaku di negara ini.

Banyak berlaku kes penculikkan, pembunuhan, rogol, serangan terhadap orang awam, rompakan bersenjata, pecah masuk, curi kereta, penyeludupan dadah, jenayah jalanan dan banyak lagi kes jenayah yang telah merosakkan imej negara, bukan sahaja di mata rakyat tetapi juga di mata pelabur asing.
Keganasan juga dilaporkan berlaku semasa ceramah-ceramah politik diadakan.

Pihak berkuasa cuba untuk mengaburi mata rakyat dengan mengeluarkan statistik yang menunjukkan penurunan kadar jenayah di negara namun tidak berhasil. Kemungkinan angka statistik itu benar tetapi apabila rakyat disajikan dengan jenayah ngeri di kawasan kediaman mereka sendiri, mereka mula meragui angka-angka tadi.

Terdapat juga negara-negara di dunia ini yang memanipulasi statistik demi menangkan rakyat. Pihak berkuasa juga boleh mengarah media untuk tidak melaporkan jenayah teruk kerana takut kerajaan yang sedia ada akan kehilangan sokongan rakyat.

Kita takuti yang buruk akan berlaku

Baru-baru ini seorang guru berusia 51 tahun dilaporkan telah disamun, dipukul dan ditinggalkan di sebuah estet kelapa sawit. Aktivis Bersih;Wong Chin Huat cedera teruk dicederakan oleh penyamun semasa beliau beriadah di kawasan kediaman.

Bagi rakyat biasa, ia bukanlah semata satu dua kes yang disensasikan oleh pihak media. Bagi mereka, ia adalah masalah sosial yang teruk di negara ini. “Kami sedar bahawa yang dilaporkan media itu adalah sedikit berbanding apa yang sebenarnya berlaku,” kata seorang surirumah di sebuah kawasan kediaman di Johor.

“Tanya saja rakyat di bandar dan mereka akan cakap ‘kami takut perkara yang buruk akan berlaku dan kami tidak merasa selamat di luar sana,” tambahnya lagi.

“Bolehkah kerajaan sekarang melindungi kami daripada jenayah?” tanya seorang guru di Johor. “Wanita adalah sasaran mudah jenayah sekarang ini,” tambahnya lagi.

Adakah kerajaan peka kepada jenayah yang berlaku di semua negeri dalam negara ini? Jenayah adalah berkaitan dengan keselamatan rakyat dan tiada kaitan dengan politik. Kerajaan boleh kata bahawa kadar jenayah menurun sejak 2009 tetapi persepsi rakyat tidak sama.

Ramai pemerhati politik yang merasakan bahawa apabila orang ramai melihat jenayah berlaku setiap hari, ia tidak membayangkan menurunnya kadar jenayah seperti yang diwar-warkan kerajaan.

Walaupun mempunyai 50 kawasan ‘jenayah tinggi’ pada 2009, menyasarkan pengurangan kadar jenayah menjadi NKRA; rakyat masih berpendapat bahawa kadar jenayah tidak lagi turun. Pihak berkuasa mungkin boleh mendakwa bahawa indeks jenaah menurun tetapi kadar jenayah berprofil tinggi nampaknya semakin meningkat bukanlah sekadar persepsi media.

“Jenayah sudah berakar umbi dalam masyarakat. Apabila jenayah berlaku dihadapan rumah anda, anda tidak akan lagi percaya pada statistic,” ujar seorang guru di Johor.

Rakyat semakin merasa bahangnya

“Ketepikan sementara statistik, kerana rakyat sudah mula merasa bahangnya. Kadar jenayah di negara ini sudah menjadi isu serius. Apa yang dilaporkan di media adalah sebahagian daripadanya. Untuk ini, rakyat semakin hilang kepercayaan pada statistik.

“Kadar jenayah yang semakin meningkat sangat merunsingkan dan ia menggugat kedamaian dan keselamatan negara walaupun ada dikalangan pemimpin yang mendakwa keadaan ekonomi negara yang telah mengurangkan kadar jenayah,” ujar seorang ahli perniagaan.

Penjara negara dibanjiri orang tempatan dan juga orang asing dan semakin ramai juga orang asing yang tinggal di negara ini. Mereka yang datang secara haram akan melakukan jenayah-jika tidak tertangkap, mereka akan meninggalkan negara dengan cepat.

Kini, banyak berlaku jenayah di serata negara yang dilakukan oleh pendatang haram dan juga orang tempatan dan ini telah memaksa pihak berkuasa mengambil polis sementara dan ramai lagi yang sewaktu dengannya di bandar-bandar dan kawasan kediaman.

Ini walaubagaimanapun adalah langkah mengatasi jangka masa pendek. Kdar jenayah masih boleh meningkat jika undang-undang terlalu ringan terhadap mereka.

Menakutkan pengundi

Jenayah tetap jenayah dan apabila ia berlaku terlalu kerap,rakyat akan kehilangan kepercayaan terhadap kerajaan yang diundi walau apa pun yang ditunjukkan oleh statistik. Rakyat semakin kecewa kini.
Persepsi rakyat sangat penting. Tetapi persepi adalah sangat bergantung kepada apa yang mereka lihat berlaku di sekeliling mereka,” ujar seorang pemandu teksi.

“Misalnya, apabila banyak kes keganasan yang berlaku semasa ceramah pembangkang berlangsung dan tiada pula tindakan yang di ambil oleh pihak berkuasa, persepsi rakyat adalah pihak berkuasa tidak serius dalam membanteras masalah ini,” tambah beliau lagi.

Pertambahan dalam keganasan dan jenayah dalam negara akan akhirnya memalingkan rakyat daripada menyokong kerajaan dalam pilihanraya umum,” kata seorang pesara di Johor. “Penduduk hidup dalam keadaaan takut bahawa jenayah boleh berlaku bila-bila masa –siang atau malam,” tambah beliau lagi.

Kajian ada menunjukkan bahawa peningkatan dalam kadar jenayah negara mempunyai kolerasi signifikans terhadap undi rakyat dalam pilihanraya. Di kebanyakkan negara, kadar jenayah memainkan peranan penting dalam mempengaruhi sikap mengundi rakyat. Apabila rakyat hidup dalam ketakutan, mereka akan mencari parti politik alternatif yang menjanjikan mereka keselamatan.

Kajian juga ada menunjukkan bahawa jenayah berat berlaku apabila kurangnya penguatkuasaan, rasuah, tamak, pelanggaran dan kurangkan peluang pekerjaan.

Penagih dadah dan pendatang haram

Kerajaaan yang dipimpin UMNO buat masa sekarang ini telah gagal dalam melumpuhkan aktiviti pengedar dadah dan juga penagih dadah. Jumlah penagih dadah di negara ini tetap meningkat. Kebanyakkan peragut yang ditangkap adalah penagih dadah. Ada juga di antara mereka yang sakit mental dan merogol serta membunuh juga adalah penagih dadah.

Ramai yang lepas bebas di luar sana kerana mereka sering berjaya melepaskan diri daripada undang-undang dan terus menerus meragut serta merogol.

Pendatang haram yang juga masih tegar menghuni negara kita ini. Jumlah mereka juga tidak menurun. Ramai yang merasakan bahawa tinggal di negara ini ibarat berada di syurga dan juga terus menerus melakukan kerosakkan. Ini kerana mereka tidak mempunyai dokumen yang sah oleh itu mereka tidak mudah untuk dijejaki.

Terdapat juga kes-kes lepas yang melibatkan mereka yang mempunyai taraf penduduk tetap (PR) yang bekerjasama dengan rakan-rakan mereka diluar negara untuk masuk ke negara ini secara haram untuk merompak dari rakyat Malaysia. Banyak dilaporkan rumah-rumah VIP yang dipecah masuk oleh kumpulan ini.

Ramai dikalangan pendatang haram yang kejam apabila melakukan jenayah. Mereka sering berada dalam sekumpulan 4 orang dan membawa parang dan dipercayai mempunyai ilmu hitam.

Pernah satu masa dahulu dilaporkan kes pasangan di Pulau Pinang yang di mana perompak dijumpai mati dan membawa sebilah parang yang dipercayai digunakannya untuk menyerang mangsanya.
Mangsa dan keluarga mereka berjaya mempertahankan diri dan selamat- syukur juga jiran mereka pantas melaporkan kepada pihak polis.

Masalah sosial

Pengangguran dikalangan belia juga suatu isu penting. Jurang di antara yang kaya dan miskin juga semakin lebar. Kos sara hidup yang tinggi dan kurangnya peluang ekonomi di bandar-bandar besar telah mempengaruhi masyarakat miskin. Tidak ramai yang mampu hidup disebabkan kos sara hidup yang tinggi dan oleh itu mereka beralih kepada jenayah untuk menampung kehidupan mereka. Mereka yang dibuang sekolah juga antara yang mudah jatuh ke kancah ini.

Kurangnya pelajaran, mereka yang dibuang sekolah inilah yang sering ketagih arak dan dadah dan juga melakukan jenayah. Ada pula orang kaya yang tamak dalam masyarakat kita. Walaupun mereka kaya mereka masih melakukan jenayah dan menyalahgunakan kuasa, rasuah dan pecah amanah.

Adalah penting untuk meningkatkan kerjasama dikalangan polis dan rakyat tetapi dalam usaha membanteras jenayah, adalah penting untuk kerajaan yang dipilih untuk melihat secara serius kepada seba-sebab yang memberi kesan kepada negara ini.

Apabila undang-undang yang sedia ada tidak cukup dan hukuman tidak berat untuk menakutkan penjenayah, jenayah akan tetap berleluasa. “ Nampaknya undang-undang di negara ini belum dapat membendung jenayah berat. Mungkin penjenayah sedar akan hakikat ini jadi mereka dengan tiada perasaan takut terus menerus melakukan jenayah,” ujar seorang pemimpin Islam.

Tambah beliau, “Tiada langkah-langkah yang kukuh atau kemahuan politik yang akan membendung penagih dadah dan mengusir pendatang tanpa izin balik. Kurangnya perhatian kerajaan dan ketidak efektifan undang-undang terus menerus membebankan polis. Membawa penjenayah ke muka pengadilan adalah sesuatu yang membebankan untuk mereka.

Di banyak negara, rasuah telah membawa kepada jenayah. Apabila pihak berkuasa boleh di ‘beli’, jenayah akan berleluasa.

Jenayah telah memberi kesan kepada kualiti hidup di negara dari segi membawa lebih banyak peluang ekonomi. Walaubagaimanapun, kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi tidak akan dapat membawa kedamaian kepada masyarakat jika aktiviti jenayah tidak dibendung oleh kerajaan sedia ada.

Adakah jenayah sudah menjadi cara hidup baru? Adakah undang-undang yang sedia ada mampu membendung penjenayah? Adakah proses undang-undang kita menjadikan ia sukar untuk pihak polis menangkap dan mendakwa penjenayah di mahkamah? Ramai sebenarnya dikalangan penjenayah tegar yang sedar akan ini dan mereka sanggup menanggung risikonya.

Kadar jenayah tetap meningkat

Dalam masa yang terdekat ini, aktiviti jenayah yang semakin menjadi-jadi di serata negara dilakukan oleh pendatang haram dan orang tempatan adalah antara yang sangat mengerikan dan inilah justifikasi polis untuk meletakkan lebih ramai pegawai mereka di bandar-bandar tertentu.

Ini hanyalah penyelesaian jangka masa pendek. Kadar jenayah masih boleh meningkatjka undang-undang adalah ringan. “Semasa penaklukan Jepun, mereka mempunyai kaedah yang lebih berkesan untuk menangani penjenayah,” ujar seorang warga emas yang pernah melalui zaman Jepun (1941-1945).

Pertumbuhan ekonomi yang tinggi tidak akan membawa kedamaian kepada masyarakat jika aktiviti jenayah tidak diambil berat oleh kerajaan memerintah. Kelihatan seperti aktiviti jenayah di negara ini menjadi semakin serius – sejajar dengan progress ekonomi yang kita lalui.

“Sudahkan pihak berkuasa mengukuhkan undang-undang kita untuk membendung jenayah yang bermaharajalela di negara ini supaya tidak menjadi sebahagian daripada hidup masyarakat? Nampaknya proses undang-undang negara juga tidak mampu membanteras jenayah berat daripada dilakukan,” keluh seorang pensyarah universiti.

“Mungkin, penjenayah melihat bahawa apa yang dilakukan pihak berkuasa di negara ini sangat ringan terhadap mereka jadi ini langsung tidak memberi kesan kepada mereka dan mereka terus bermaharajalela,” ujar pensyarah itu lagi.

“Undang-undang sepatutnya boleh menjamin penjenayah dapat dikurung demi kesejahteraan rakyat. Jika proses undang-undang kita menyebabkan pihak polis sukar menahan penjenayah dan membawa mereka ke muka keadilan, kadar jenayah akan terus meningkat,” kata seorang pesara polis. “Ramai dikalangan penjenayah yang sedar akan hakikat ini dan sanggup mengambil risiko.

Proses undang-undang harus memastikan pihak polis diberi lebih kuasa dalam menguruskan penjenayah dan itulah yang dapat menjamin keadilan,” tambah belia lagi.

Tiada kaitan dengan politik

Buat masa ini, kerajaan tidak sensitive dalam memahami kehidupan rakyat dan bukannya statistik yang dirisaukan. Pengurangkan kadar jenayah tidak bermaksud semua orang akan merasa lebih selamat di luar sana.

“Kami bercakap mengenai orang yang diragut, dibunuh, dirogol dan dipukul oleh penjenayah. Jangan cakap bahawa peningkatan kes itu adalah persepsi media,” ujar seorang pegawai bank. “Sekarang, ramai wanita menjadi sasaran mudah,” kata beliau.

Tidak dinafikan negara lain juga berhadapan dengan jenayah tetapi apabila jenayah berlaku, ia tidak boleh dipandang ringan dan dianggap sebagai kes terpencil oleh pihak berkuasa. Persepi umum terhadap kerajaan sekarang adalah ia tidak berjaya membendung kegiatan jenayah. Oleh itu, imej negara dari segi keselamatan juga rapuh.

Memerangi jenayah tiada kaitan dengan politik tetapi tidak mengendahkan ugutan untuk melakukan jenayah akan menyebabkan rakyat menukar kerajaan. Apa juga andaian terhadap peningkatan kadar jenayah bukanlah persepsi semata, ia adalah hakikat yang merisaukan rakyat.

Apabila kadar jenayah meningkat dihadapan mata, rakyat akan tidak percaya pada statistic yang diwar-warkan kerajaan. Parti politik apa pun yang memerintah negara, keselamatan rakyat adalah yang paling utaman. Sebuah kerajaan yang tidak dapat menjamin keselamatan rakyat adalah kerajaan yang tidak efisyen.

Oleh itu, boleh disimpulkan bahawa kerajaan yang memerintah sekarang tidak efektif dalam membanteras jenayah di negara ini! Malaysia Chronicle

Tiada ulasan: