Ketua Penerangannya, Dr Mohd Fadzli Datuk Hassan meminta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan Demi Rakyat (Tukar) lebih terbuka dalam mengkritik Pas.
“Royalti adalah sebuah NGO sebagaimana Tukar dan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), walaupun mungkin ramai dalam kalangan ahlinya Pas, namun tidak semestinya kebangkitan mereka dibayangi parti.
“Begitu juga MTRK, walaupun kita tahu kebanyakan ahlinya adalah Umno, kita tidak boleh kaitkan mereka dengan parti itu kerana perjuangannya atas dasar NGO,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Mohd Fadzli berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Tukar yang menyifatkan Pas hilang identiti apabila menggunakan potret Sultan Muhammad V pada perhimpunan aman disertai dua kumpulan NGO di sini, kelmarin yang dicemari kekecohan.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Kerajaan Negeri berkata, tuntutan royalti sudah menjadi perjuangan rakyat Kelantan, sehingga bangkit NGO untuk menuntut hak tersebut.
“Kalau dulu memang Kerajaan Negeri yang berjuang untuk mendapatkannya kerana itu tanggungjawab kerajaan, namun setelah pelbagai bentuk penerangan diberikan, rakyat mula faham dan mereka bangkit sendiri dengan membentuk NGO,” katanya.
Sambil menyifatkan perjuangan dilakukan sesuatu NGO itu adalah pendirian badan tersebut, Mohd Fadzli berkata, pihaknya tidak berhak mencampuri urusan mereka kerana status (NGO) tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan