Tengku Adnan berkata, BN mendukung Perlembagaan Persekutuan dan prinsip keluhuran undang-undang.
Mohamad dilapor mencadangkan agar Ambiga digantung kerana didakwanya seorang pengkhianat.
Semasa perbahasan di peringkat jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan semalam, Mohamad mendakwa Ambiga sebagai "pengkhianat" kerana menganjurkan perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April.
"Apa yang disebutkan oleh Ahli Parlimen Seri Gading, Datuk Mohamad Aziz dalam persidangan Parlimen semalam, yang mencadangkan agar penganjur perhimpunan Bersih, Datuk Ambiga digantung sampai mati dengan mengaitkannya sama seperti militan Al-Maunah kerana cuba menimbulkan kekacauan dan menjatuhkan kerajaan Yang di-Pertuan Agong adalah bersifat peribadi dan bukan pendirian Barisan Nasional.
"Saya ingin menegaskan bahawa Barisan Nasional mendukung Perlembagaan Persekutuan dan prinsip keluhuran undang-undang dan kes berkaitan perhimpunan Bersih masih dalam siasatan pihak berkuasa," kata Tengku Adnan, yang juga Setiausaha Agung BN, dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan