HALAMAN SANTAI

Jumaat, 29 Jun 2012

Tiada rahsia Scorpene yang bocor, kata Zahid walau ada 133 DOKUMEN PERANCIS

Maria Begum, Malaysia Chronicle



Kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menafikan rahsia tentera laut telah dijual oleh kawan karibnya Razak Baginda kepada vendor Perancis DCNS semasa pembelian kontroversi Malaysia ke atas 2 kapal selam Scorpene.

Tetapi penafian daripada Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi kurang jujur lalu dia segera digera oleh ahli parlimen pembangkang.

"Melihat kepada cara Zahid membacakan penafian yang diarahkan dari kementerian itu, dia tidak bersungguh-sungguh untuk memberi maklumbalas. Ini merupakan pengkhianatan. Ia tidak mencukupi.
Jika dia serius, dia akan memerintahkan penyiasatan berskala penuh ke dalam perkara itu dan mendedahkah hasil penyiasatan kepada awam. Apabila ini tidak dilakukan, ia menunjukkan betapa mencurigakan dan serius masalah ini, " Ahli Parlimen PKR Batu Tian Chua berkata kepada Malaysia Chronicle.

Tidak tahu- Zahid


Sebagai respon kepada pertanyaan daripada Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, menteri pertahanan telah memberitahu Parlimen bahawa tiada maklumat bocor tentang penilaian kapal selam Scorpene yang berharga RM7.3 bilion walaupun dokumen mahkamah mendakwa sebaliknya dalam perbicaraan kes rasuah yang sedang berlangsung di Paris.

"Pada pengetahuan kementerian itu, sehingga kini tiada maklumat yang dikesan telah dibawa keluar dari Malaysia. Kementerian Pertahanan tidak mempunyai maklumat mengenai dakwaan kononnya dokumen rahsia yang dijual oleh Terasasi (Hong Kong) kepada Thint Asia (Thales Antarabangsa) dikatakan bernilai € 36000000 (RM142 juta)," kata Zahid di Dewan pada hari ini.

Dia juga menafikan sebarang pengetahuan tentang urusan antara kedua-dua syarikat, dimana yang kedua telah membentuk sebuah syarikat usahasama dengan DCNS Perancis syarikat persenjataan gergasi untuk membina dua buah kapal, kerana kerajaan tidak berurusan terus dengan mana-mana syarikat semasa pembelian.

"Kenyataan oleh ahli parlimen Lembah Pantai bahawa kedua-dua kapal selam Scorpene telah dibeli dari Thales International adalah tidak benar," kata Zahid, yang juga Ahli Parlimen Bagan Datok,.

Tekanan yang besar


Malah, ada adalah tekanan besar daripada pentadbiran Najib ke atas kes Scorpenes kerana Najib sendiri dan sekutunya Razak Baginda merupakan suspek utama dalam perbicaraan Perancis untuk menentukan jika DCNS telah membayar beratus-ratus juta euro dalam bentuk sogokan yang menyalahi undang-undang untuk menjamin perjanjian dimenterai.

Najib merupakan menteri pertahanan yang meluluskan pembelian, manakala Baginda menjadi perunding dalam mementerai perjanjian dengan firma Perancis itu. Walaupun ramai yang membantah kerana kos yang terlalu tinggi dan ketidaksesuaian kapal selam untuk perairan cetek pantai Malaysia, Parti pemerintah Umno yang deketuai Najib meluluskan juga pembelian itu.

Walaupun terdapat usaha oleh media arus perdana kawal Umno untuk memberikan gambaran lain ke atas kes itu, iatu ianya sebagai kempen memburuk dan menjatuhkan Najib, polis Perancis telah menjumpai bukti daripada dokumen yang disita daripada DCNS yang menunjukkan bahawa sememangnya terdapat rasuah diperingkat tertinggi. Pegawai-pegawai tertinggi Malaysia dan Umno telah dikatakan mendapat manfaat daripada wang haram itu.

133 dokumen mahkamah – jawab Najib Razak!


Hanya beberapa hari lalu, 133 dokumen-dokumen 'rahsia' yang telah dieliti oleh mahkamah Perancis didedahkan kepada umum (baca 133 dokumen-dokumen rasmi BUKTIKAN rasuah Scorpenes BENAR: Beri maklumat tentang Altantuya).

"Terdapat keraguan di Malaysia jika dokumen-dokumen ini benar-benar wujud, dan kisah rasuah direka oleh pakatan pembangkang Pakatan Rakyat. Ini adalah bukti bahawa ia memang wujud. Pembaca yang memahai Perancis boleh membacanya pada bila-bila masa sahaja," dipetik dari Asiasentinel yang menerbitkan dokumen.

Klik di sini untuk melihat dokumen-dokumen
"Dokumen yang telah dihantar tanpa nama pengirim ke Asia Sentinel kerana kegigihan kami dalam membukukan kisah kapal selam sejak Oktober 2006, apabila Altantuya Shaariibuu, wanita Mongolia berusia 28 tahun dan berkerja sebagai penterjemah, telah dibunuh di kawasan hutan di pinggir bandar Shah Alam dan mayatnya telah diletupkan dengan bahan letupan C4."

Altantuya Shaariibuu adalah bekas kekasih Razak Baginda yang bersamanya semasa rundingan Scorpene. Dia telah dibunuh di Malaysia pada tahun 2006 oleh 2 bekas pengawal peribadi Najib dalam perbicaraan yang diulas pegawai AS yang berada di sini sebagai tidak adil, berdasarkan Wikileaks.

Kedua-dua pengawal peribadi itu telah dijatuhi hukuman gantung tetapi persoalannya ialah, siapa yang mengarahkan mereka membunuh wanita itu?

Perbicaraan di Perancis


Perbicaraan di Perancis diadakan selepas NGO Malaysia membuat aduan terhadap DCNS atas dakwaan rasuah meibatkan pegawai-pegawai Malaysia atas pembelian Scorpenes.

Jika didapati bersalah, DCNS mungkin perlu membayar pampasan kepada rakyat Malaysia untuk harga yang tinggi akibat rasuah yang dibayar kepada pegawai-pegawai lain. Ia juga akan memberi tekanan kepada pentadbiran Najib untuk akhirnya mengadakan siasatan ke atas pembelian yang mencurigakan ini.

Suaram memfailkan aduan pada 2010 selepas gagal mendapatkan pihak berkuasa tempatan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk mengambil tindakan. Seorang hakim siasatan telah dilantik dan perbicaraan di Paris bermula pada awal April.Malaysia Chronicle

Tiada ulasan: