Abdul Aziz Mustafa, |
KUALA LUMPUR,: Sikap
membisu kerajaan terhadap kelemahannya yang didedahkan oleh
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) membuktikan ia memang tidak ada
jawapan terhadap tindakannya yang merugikan rakyat.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, sepatutnya Najib dan Muhyiddin tampil memberikan penjelasan apabila Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati wujud kelemahan dalam prosedur operasi standard (SOP) oleh Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berhubung penganugerahan kontrak projek Pusat Fidlot Nasional (NFC).
"Sudah lebih dari tiga hari, tetapi kerajaan, khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin terus membisu tanpa sebarang penjelasan kepada rakyat.
"Pendedahan itu bukan dibuat oleh anggota PAC dari pembangkang tetapi oleh (Pengerusi PAC, Datuk Seri) Azmi Khalid yang merupakan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sendiri," katanya.
Bagi Mahfuz, sikap membisu itu membuktikan kerajaan memang tidak ada jawapan tetapi tidak mahu mengaku salah.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, adalah tidak wajar bagi kerajaan terus membisu dan enggan mengaku salah sedangkan rakyat hampir pasti akan mengalami kerugian RM250 juta akibat kelemahan SOP tersebut.
National Feedlot Corporation (NFCorp), syarikat milik keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menerima pinjaman mudah RM250 juta untuk menjalankan projek NFRC itu.
"Sikap membisu kedua-dua mereka, terutama Muhyiddin, adalah tidak bertanggungjawab sedangkan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed) Nazri (Abd Aziz) sendiri mengaku berlaku kes pecah amanah bila NFCorp langgar syarat pinjaman," kata Mahfuz.
Muhyiddin ialah Pertanian dan Industri Asas Tani ketika penganugerahan kontrak projek NFC itu dibuat.
Mahfuz seterusnya berkata, kelemahan SOP tersebut dengan sendirinya bermakna kelemahan pentadbiran kerajaan Umno.
"Itu projek kepada keluarga Shahrizat. Bagaimana pula, contohnya, SOP dalam penganugerahan projek kerajaan bernilai RM30.8 juta secara rundingan terus kepada syarikat milik anak (Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar) Raja Nong Chik (Zainal Abidin) dan dalam kontrak bernilai RM280 juta untuk sistem baru kawalan trafik ruang udara negara kepada syarikat anak (bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri) Jamaluddin Jarjis?
"Bagaimana pula SOP dalam penganugerahan kontrak, projek dan pinjaman mudah kepada keluarga menteri-menteri dan pemimpin-pemimpin Umno dan BN yang lain?
"Adakah selepas dibongkarkan, Pengerusi PAC akan salahkan lagi pegawai kerajaan atas alasan kelemahan SOP dan sebagainya dan menteri-menteri dan keluarga mereka yang menerima habuan terus terlepas begitu sahaja?" beliau terus mempersoalkan.
Mahfuz yakin apa yang berlaku itu akan terus berulang selagi Umno dan BN memerintah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan