HALAMAN SANTAI

Rabu, 27 Jun 2012

AMK Ampang lapor polis gambar Zuraida, Azmin dikoyak

Oleh Aisha Geoffrey


AMPANG : Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Ampang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya terhadap tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mencetuskan provokasi politik dan vandalisme melampau dengan meroboh papan tanda KEADILAN sekitar Ampang.

Ketuanya, Hamsah Djabir menjelaskan, terdapat lima papan tanda Ranting KEADILAN dirobohkan secara ganas termasuk Ranting Sri Tanjung, Kg Melayu, Taman Tun Abdul Razak, Taman Perwira serta Ranting Ampang Jaya.

“Kejadian ini berlaku Sabtu lalu dan kita mengesyaki tindakan ini berunsurkan politik,” kata Hamsah ditemui Keadilan Daily selepas itu semalam.

Menurutnya, gambar Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali yang terpampang pada kain rentang di hadapan Bilik Gerakan Utama (BGU) Ampang turut dikoyak.

“Sebagai negara yang mendaulatkan undang-undang, saya mohon pihak polis segera menyiasat agar perkara seperti ini tidak berulang,” tegasnya.

“Tidak mustahil jika berulang, ia akan menjadi lebih serius sehingga menimbulkan pergaduhan di masa akan datang,” kata Hamsah lagi.

Tiada ulasan: