Hishammuddin membuat keputusan itu bagi
memelihara keselamatan negara serta ketenteraman awam dan keputusan
beliau itu sah di sisi undang-undang.
KUALA
LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Menteri
Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempunyai kuasa untuk
mengisytihar ‘Bersih’ sebagai sebuah pertubuhan haram dan tindakan
beliau itu tidak bercanggah dengan undang-undang.
Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad berkata Hishammuddin
membuat keputusan itu bagi memelihara keselamatan negara serta
ketenteraman awam dan keputusan beliau itu sah di sisi undang-undang.
Azizan berkata demikian dalam hujahnya pada prosiding semakan semula penghakiman yang difailkan 14 anggota jawatankausa pemandu “Bersih’, termasuk Datuk S. Ambiga, terhadap Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia.
Azizan juga berkata Ambiga dan 13 yang lain, yang diwakili Ambiga dalam permohonan itu, tidak mempunyai locus standi, manakala keputusan Menteri Dalam Negeri mengisytihar ‘Bersih’ sebagai pertubuhan haram pula adalah sesuatu yang wajar serta rasional.
Sementara itu, dalam hujahnya, peguam Tommy Thomas, yang mewakili kesemua pemohon, berkata tindakan Hishammuddin itu bercanggah dengan Seksyen 5, Akta Pertubuhan 1966.
“Menteri berkenaan terkhilaf dalam melaksanakan kuasanya dan oleh itu, keputusan beliau patut dibatalkan,” katanya.
Hakim Datuk Rohana Yusuf menetapkan 24 Julai untuk mengumumkan keputusannya.
Pada 28 Sept tahun lepas, Mahkamah Tinggi meluluskan permohonan jawatankuasa pemandu itu untuk mendapatkan semakan semula penghakiman.
Mereka juga memohon mahkamah mengetepikan perintah Menteri Dalam Negeri bertarikh 1 Julai, yang mengisytihar Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram, sebagai tidak sah dan terbatal serta tidak terpakai.

- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan