Program jelajah selama enam hari yang dirasmikan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini akan menuju Port Dickson di Negeri Sembilan dan seterusnya ke Pagoh, Batu Pahat dan Mersing di Johor dan kemudiannya berakhir di Pekan pada 2 Julai.
Antara lainnya, program itu akan diisi dengan acara kemasyarakatan seperti gotong-royong dan menyampaikan sumbangan kepada keluarga miskin di segenap lokasi jelajah tersebut.
"Mereka akan pergi melalui Mersing dan akan berakhir di kawasan parlimen Pekan untuk program kemasyarakatan di perkampungan Orang Asli," kata Ahmad Zahid selepas melancarkan program jelajah berkenaan di bangunan Kementerian Pertahanan hari ini.
Program melibatkan alumni pelatih Program Latihan Khidmat Negara itu merupakan antara program terbesar oleh BSKN selepas program gotong-royongnya pada 21 April lalu di kawasan parlimen Ahmad Zahid, Bagan Datok.
Ahmad Zahid berkata, program BSKN melibatkan kos RM11.2 juta melalui peruntukan sedia ada yang diluluskan kabinet sebagai insentif khas untuk sukarelawan terbabit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan